Friday, May 27, 2016

Perth Australia

Salam sejahtera.



Kali ni hakkak terklik tiket ke Perth Ostolia. Hehe. Europe penah jejak. Aiskk.. Eksen kan. Tak nak gi Ostolia ni dulu. Sebab apa?? Sebab macam2 hotak hakkak di dimasukkan wrong info pasal ostolia ni. Goventment poyos la. Takleh bawak food la.. Isk2.. Walau ada benarnya.. Tapi tak la seteruk yg digambarkan. Senang cerita. Sebenarnya yang bagitau hakkak tu pun tak penah pegi pun.. Cakap lebeyyy.. Entahlah. Dari mana info dia copy and paste tak taulah.. Heheh

Korang nak tau macamana nak masuk negara ni. Ini ilmu mudah cara nak senangkan hati. 

Step/langkah
1- Beli tiket flight awal atau masa promo. Suka atila. Nak naik wau ke. Burung merah nama asiah ke, naik rimai ke.. MalaysiaNIndon ka. Sukatie la.. Hakkak tak nak tau. Pastikan insuran apekejadah semua ditimbang ikut rasa. Opss ni citer pasal travel alone ea. kalau bawak rombongan Pah Bedah, sila ke blog lain. Ini blog travel single n bajet...

 Ni borang nk declare. Jgn menipu ea

2- Diingatkan sekali lagi. Ini bajet travel. Bukan mewah travel. Bajet dalam 5 hari disini. Tapi hakkak bawak menggi mee sepeket ada 5 tu. Tuuuu je....

Forbiden food:: ko jangan nk menggatal bawak ikan bawal ke. Rendang hatok ke.. Chiken curry best in town ke.. Dan seumpananya ada protien dan daging oik oik.. Lembu. Kambing kekacang dan apa juga pasal nuts... Tolong remove that from ur luggages. Kang tak pasal2 korang delay kat airport. Dah la cuti bos korang bagi 5 hari je.. Degil? Nak bawak gak sambal ikan bilis resepi bonda? Lantak.. Bawak la. Tapi seal bekas elok2. Janji jangan meleleh2 minyak tu.. Isk2 selekeh...


Ni alamat hostel tu. Harga check kat Agoda

3- Hakkak duduk hostel backpackers. Diulang... Ini bajet travel. Kalau korang rasa diri tu diva ala mak enon zaman muda, haiskk... Sila baca blog lain. Hakkak menyampah bila jumpa spesis cenggini sebilik hostel ngan hakkkak... Geli la... Malu la sharing toilet... Tak selesa la share katil... Ermmm selamat ke barang2 bila letak kat dlm bilik?? Ermmm bising la... 

Anda ada perangai cenggituπŸ‘†? Abaikan story hakkak seterusnya. Hakkak pun malas nk layanzzz...


    Hostel dekat je ngan Perth Arena

3- Bawak benda perlu je. Travel 5 hari hakkak suggest:: nak ikut silakan. Tak nak pun takpe. Ingaat.. Ni travel bajet. Bukan nak buat fashion show kat Perth Arena ea...

~baju t shirt lengan panjang 3
~seluar jean 2
~seluar track 1
~spender + c*li 3 set
~tudung shawl tak payah gosok 2 (black lagi bagus) senang mix n match
~selipar jamban sepasang
~kasut selesa

Barang lain
~travel kits toiletteries. Small pack je. Jgn bawak botol besar2. Bukan nk buat pesta buih pun.

~ tuperware atau bekas makanan muat isi sekeping roti. Sudu plastik. Garpu jika perlu.

~ Haaa... Ini kompem tak de travel blog lain suggest.. Sila bawak sabun utk men samak. Jenama popular boleh beli kat kedai jamu atau farmasi ialah TAHARAH. Sabun tanah liat. Kenapa? Adalah.. Jap lg akak cerita. Sabar skit.. 

Ada lagi? Sukaati. Tu je hakkak bawak. 
Duit, pasport, takkan nk gitau. Isk2... Batang selfie. Charger. Kamera. 

Dah. Jangan lupa. Tolong buat visa nak masuk Ostolia. Pegi je mana2 travel agen. Cakap nk wat e visa. Dalam RM30 je.. Pastu simpan slip ti elok2.

Dah pack. Date dh tiba. Mcm biasa. Datang awal gi airport. Tak perlu nak rushing2 kalau ada apa2.





Sedap tau. Hihi utk perut sendiri la... Menu rasmi 3 hari... Nasi goreng Perth

Kali ni hakkak travel naik kapal nama Asiah tu. Mak oiii... Kena depart kat pintu P8. Kuruss jari kaki.. Menapak dari imigresen.

Skip suasana dlm flight. Biasala. Dok tambang murah. So takleh belagak sangat macam dol bisnes klassz. Hempuk dek steward baru tau.. Heheh

Flight 5 jam. Layan la perasaan. Berangan sorang2. Sebab Asiah tu takde hiburan. Hiburan hakkak ialah sepasang couple kat belakang hakkak yg buat pra honeymoon.. Hehehe.. Suka dengar perancangan dorang. Tercurik dengar perancangan dorang.. Nak honeymoon kat Gold Coast koo... Hambekk.. Pre hornymoon kat Perth... Honeymoon kat golkos. Isk2.. Hebat3... Kesian. Melayu ko... Sadis...

Dah sampai kat airport, T1. Buat clearance.
Ikut step πŸ‘‡
1- Turun kapal elok2. Sabar. Dah sampai pun. Jgn melorat sangat nk poyos sampai tertolak2 org depan.

2- Buat clearance kat kastam. Sebelum tu isi borang declaration dalam kapal ada diberi. Tolong baca skit betul2. Declare menggi by word kat pak kastam. Sebab tak de clause yg sesuai. Sabun tu letak dlm pakej toiletteries. Make sure kotak sabun jangan bukak. Kalau dia tanya, kata guna untuk ubat kurap. Senang. 

3. Dah clearance kat kastam. Kena beratur. Ada hanjeng itam or macam K9 dok hidu luggage korang. Jgn risau. Dia tak nak menggi korang tu. Bahaya utk kesihatan kata dia.. Heheh 
Tak kompiden sebab air idung hanjeng tu meleleh? Jgn risau. Sabun samak cap taharah kan ada... Lepas ni samak la. 

4- Dah setel. Konpem korang tak jadi keldai dadah? Dah boleh kuar. Cari Bas no 380. Tak sure sila bertanya. Org kat sana ramah. Tak menyombong macam sesetengah org kita.

5- Naik bas. Bayar tambang. Aud 15. Mahal? Tu la... Beli tiket gi Ostolia watpe? Len kali gi balik Perlabuhan Klang naik train drp KL sentral. Murah skit. πŸ€” mengada!!!

6- Sampai Queen bay bus stop. Cari la Yellow CAT. Tu bas free. Nanti berhenti kat perth arena. Mata tu pandang kiri kanan. Cari la Globe Backpackers N Oasis Resort. Tak jumpa? Bukak mulut. Tanya orang. Tak jumpa lagi? Dah.. Naik bas semula. Pastu pegi epot. Balik semula ke Shah Alam. Isk2... Sedih la ko ni.

7- dah jumpa kan? Check in. Sebilik 20 orang. Ramai? La.. Memang la... Ini dorm paling bajet. No wifi. No room service. Everything limited. Ermmm Hotel 4 Point by Sheraton betul2 depan Perth Arena tu maybe ada kekosongan. Sila ke sana. 😑

8- Dah check in. Kat sebelah bangunan tu ada Mall nama start dari R. Raine ke apatah.
Kat dlam tu ada groceries ala Giant. Beli la bawang sebijik. Garam sepeket. Sos nandos pedas sebotol. Nasi segera dlm mangkuk 3 paket. Telur yg 6 bji tu sepeket. Sayur korang suka. Roti sebantal. Majerin bunga matahari atau olive. Tu maybe dlam AUD30. Mahal? Memang la. Ini ostolia ma.. Bulan Kampung kechau Tui. Adehhh...

Sistem pembayaran ialah kad saja. Pastikan korang aktivekan kad debit korang. Cash tak berapa pakai disini.

Hakkak standby duit dalam kad rm2000. Cash on hand Aud 400. Tapi bukan nak belasah abis ea. jimat2 skit.

Dah bayar? Ok. Turun eskilator. Pastu lepak foodcourt. Kat situ ada wifi free. Update la kat pakwe, kawan. Mak abah korang. "safely landed n hi Perth". Korang kan suka berlagak. Hehe. Update je. Upload gambar nanti dulu. Kat situ bukan unlimited accsess. Sabar.

Dah. Balik hostel. Solat jamak. Travel pun travel gak. Nak mati dalam iman kan? So sembahyang la kamu. Kiblat. Pakai la apps dlm ipon android korang. Apps 360 beria3 donlod. Cuba la usaha lebeyyy skit. Muslimah kan?? Hehe

First day akk jalan2 kat Perth Arena. Dah pukul 6pm. Gelap dah. Kat sini semuanya stop at 5pm. Jalanraya dah clear. Semua dah balik umah. Best betul. Keja rilek2 je. Tak jem. Mesti best. Hallawey.. Terasa nk migrate je.

2nd day•
Cavensham Wildlife Park

Ini nak gi tengok koala. Kangaru jinak dan lain2 minatang. 

Cara nak gi cara bajet:: πŸ˜’
Step-

1- bangun pagi. Solat subuh. Pastu mekap lawa2. Sebab nak selpie, so pandai2 la berhias supaya gambar korang cantik. Selpie ni boleh sebabkan nampak bintil2 jerawat dan jeragat. Hakak mekap apa yg patut. Sebab nak letak gambor syok sendiri kat blog. Penampilan kena jaga. 😜

2- Breakfast. Kat Globe Backpakers N Oasis resort ni ada kitchen. Hakak bantai je pakai. Periuk. Kuali semua ada. Basic nak masak tu ada. So sebab tu hakak bawak sabun taharah. Asal nk guna peralatan masak tu, hakak basuh dan samak dulu. Ye... Bajet.... Takkan nak bawak kuali mangkuk dari Malaysia kan.. So, travel ni kena pandai2 nak hidup.

Menu pertama hakkak di bumi Perth ni ialah- Nasi Goreng Perth. Hakkak ada beli sos pedas nandos, nasi dan telur. Potong bawang dan ciili. Pastu masuk nasi segera yg dibeli. Buh garam. Tadaaa... Siap. Hakak buat 2 portion. Satu makan. Satu lagi bekal. Done. Jimat Aud15-30. Heheh

Pas pek makanan. Silakan kemas dapur ye. Jgn tinggal bersepah. Clean as u go.

Kopi dan gula ada kat sini. Hakkak bancuh. Letak dalam thermos bottle akk bawak dr Malaysia. So jimat. Tak payah over nak minum Setarbak bagai. Sama je lebih kurang. Nasi bekal dlm tupperware. Letak dlm plastik. Pastu boh dlm backpack. 

2- dah? Ok. Pegi Perth Train Station. Beli tiket perjalanan 1 day pass. Aud12.10. Unlimited access smpai zon 3. Dah beli pegi Line 8. Naik train ke Midland. Stop kat Bessendean. Pastu amek bas 956 atau 955, mintak driver turunkan kat Whiteman Park.


Ni hakak silap beli. Terbeli tiket journey 2jam je. Rugi.

 Ni kat tepi jalan je.


Ni jalan masuk. Jap lg kena pakai interkom. Shuttle free akan pikap.

Ikut arahan. Senang je.interkom nnti dorang pikap.


Kalau nak jalan kaki pun boleh. Melecet la kaki korang.


Perjalanan naik shuttle 5 minit je. Pastu beli la tiket. Aud 27 for adult. Aud20 kanak2. So mahal kan? Apa nak buat. Kanggaru punya pasal. Sanggup makan nasi goreng Perth. Oh wahai Kanggaru. Apa jua untukmu....

Plan nak amek gambar ngan Koala. Tapi malas nk tunggu next session 11am. Hakk suka kanggaru je. Yg lain tak sangat. 

Lupa nk gitau. Taman ni bukak 9am-5.30pm. 

Kat park ni ada tempat nak piknik. Kalau lapar silalah nikmati bekalan. Makanan dlm ni mahal. Air mineral pun aud3. Hehe

Hakak tak lama kat sini. Sebab tiket limit 2 jam. Lepas mesra2 ngan kangaru, hakkak pun mintak supir shuttle antar akk kat tempat turun tadi.

Dah. Done. Kanggaroo Checked😎

Idaman kalbu. Enchek kanggaru dan puan kanggaroolina.

Dah? Akk naik bas. 955. Sampai stesen Bessendean. Pastu terus gi Fremantle. Target nk usha je. Sebab hari Jumaat baru nak gi market dia. Rupanya senang je. Pakai daily pass. Sempat je nak jalan2 kt Fremantle ni. Gi makan Fish nChip. Hakak buat muka selamba. Order fish n chip. Aud 15. Besar. Akak mkn ngan nasi goreng. Maveles. Hihi.

Rasa dia? Ermmm hokeyy la. Sedap lg makan ikan goreng kunyit. Hihi. Hakak kurang gemar ikan ni. Ex hubby dulu suka la. Org pantai. Suka la ikan.. Hakkak org darat. Mkn telur jer suka. Hihi




Ye la.. Teringat jugak kat Duda kita. Hehe.. Mana leh lupa sekelip mata.. Haha... Ini kali.. Single travel. Len kali entah la... 😜😜

Ikan n chip ⚡️ nasi goreng Perth. Jeles makcik Malaysia kat meja sebelah. Nk offer, tapi serba salah. Errr...

Dah kenyang? Akk jalan2. Akk naik Red CAT je. Tengok2 naik bas free.

Pukul 3 hakkak naik train. Balik hostel. Nk jamak solat. Kat sini waktunya sama ngan Malaysia. Tapi waktu solat lain. Cer check online. Tp ini time akk gi. Zuhur awal. Isyak awal. 

Kiblat?Pandai le guna apps. 

Ari ni hakkak penat. Lps isyak hakk tido. πŸŒ™πŸŒ™πŸŒ™

Day 3
Perth City Sightseeing

Ini hari hakkak fokus free transport. Segala bas CAT akk redah. Ada biru, merah, kuning dan hijau. Mana berkenan akk turun. So jumpa la Perth Arena. Bell tower. Kings park. Barrack Jetty, Elizaberth Quay.. Amek la peluang selpie.

Day 3 ended pukul 3pm. Hakak balik hostel. Berangan nk pegi Pinnacal dessert. Tak jumpa cara bajet. Semua pakej harga AUd 99 ke atas. Mmg out if list. Korang nak pegi, cari info kat blog lain.

Day 4
Repeat Fremantle. Hajat nk beli souvenir. Tapi bukan sekampung punya la. Hakkak ni tak suka bagi souvenir Kalau dorang nak, sila kirim uwang skali. Kirim air liur, dapat pun ayaq liuq basi ea.

Ni fm utk peti ais sendiri je. Jiran sekampung tak kirim apa2 pun. Legaaaa..

Ni nak bagi Puan Bos je. Bodek skit. Senang nk apply cuti len kali.

Kawan opis? Tak de. Sebab rate gaji kitaorang sama. Nak souvenir? Pegi sendiri. So leh la pilih apa suka. Hihi

Dah? Esok plan nak balik. Sebenarnya 4 hari dah cukup. Bukan byk sangat nak touch. Hakkak suka pasport hakkak ada chop pelbagai negara je... Hihi

Penat tulis. Bahasa kadar yg leh paham. Tak paham?

Emel je. Takpun google len.

syudaantika@gmail.com

Pertanyaan yg tak annoying akk jawab. Soalan bengap, akk jawab lambat skit. Soklan urgent? Pls tanya kedutaan Australia.. 

Bye.








No comments:

Post a Comment