Saturday, April 16, 2016

Miri (Adhoc Journey)

Perjalanan dari Bintulu mengambil masa 3 jam. Jalanraya ok. Cuma ada part yang tak rata. Ala2 menunggang kuda je. Tapi bagi kita, ok la. Jalan kat semenanjung pun bukan ok sangat pun. Syukurlah. Malaysia masih aman. Hurmm yo la tu. 

Miri? Ok la. Bandaraya lebih kurang KL. Cuma KL lagi banyak mall. Uniknya ada Pulau Melayu. Pulau kecil dekat dengan Imperial Mall. Tapi nak ke sana perlu melalui jambatan yang agak jauh. Puas hati dapat menghadap Laut China Selatan. Sunset lagi awal dari Bintulu. 6pm dah maghrib.


Penulis bergambar dalam semak lalang hasil daripada pembakaran terbuka


Pulau Melayu 

Percutian ke Sarawak tak sah kalau tak makan mi kolok. Sebelum flight balik, kita nak makan sepuasnya. Esok baru fikir nak sambung diet. Hehe. Misi untuk 45kg. Another 25 kg lagi. Adeh.. 

Hidup seorang ni kena pandai. Tawakal pada takdir yang esa.

Kita rasa lebih selesa. Mengagumi bumi milik Ilahi. Tanpa sempadan. Tanpa komitmen. Lega. 

Bagi single ladies kat luar. Percayalah, Bersendirian buat kita lebih kuat dan bersyukur pada kurniaanNya. Jangan takut utk travel. Allah ada sentiasa.

Next destination. Perth. Panjang umur jumpa lagi.

Enjoy. Reatreat.

No comments:

Post a Comment