Saturday, April 30, 2016

Kuching :: Last Minute P1

salam...
kaki ni gatal nk gi kuching. Tekak teringin nak makan mee kolok. Mata ni teringin nak tidur atas tilam empuk hotel. Ahh..mengada-ngada kan?? hehe Nasib baik single. Packing bag ala kadar. Start enjin kereta abah ni. Pegi KLIA. Buat muka seposen. kot2 ada tiket kan. Alhamdulillah. Ada tiket. KUL- KCH 8:25am. Boleh la.. drp tak de.

Kali ni masih sorang. Masuk minggu ni dah 3 minggu berhujung minggu luar daerah asal. Erm.. bukan apa. Kompen kalau balik CH, jemmmmm... Nak balik umah mentua? Dah tak de mentua dah pun. So, cuti panjang la jugak kan. So, last minute plan. Haishh.. berdebor. Hotel penuh la pulak. Agoda. Booking.com , trivago.. adeh... tu la.. padan la muka. Tidur kat masjid la gamaknya.

Safely landed jam ,1010. Amek teksi gi waterfront. Ermmm..Rm28. Bayar je la. Nak jalan kaki dari airport? Takkan la kot? Tercabut tapak kaki nanti. Hehe.. Naik teksi je. Dalam 15 minit sampai Waterfront. Disebabkan sampai awal, bilik tak de yang available. Kaki melangkah keciwa. Cari2 dan jalan2. Jumpa la bajet hotel . Dekat ngan masjid. Arif Hotel. Boleh la. Janji dapat tidur dan mandi. Budget traveller tak leh mengada2 sangat ea. Nak tido best2 silalah check in kat Riverside Hotel. Hakkak tak mampoo uolls.. hehe

Sampai je, mata mintak nak lelap. Lelap la. Plan tak buat lagi. Ingat2 lupa jalan Kuching ni. Kali ni dah 3 kali sampai kat sini. Semua masih sama. Cuma dulu, mana2 jalan yang tak siap, dah siap dah. Kedai pun dah banyak. Ok la kan. Musim mengundi dah tiba. Poster macam2 bentuk dan warna.

Arini target nak makan mee kolok dan sayur midin. nanti hakak hupdate. Kalau best akk tepek gambor n info.

Stay tune. Kuching Part 2.

Muahhhhh!!! heheh

No comments:

Post a Comment