Friday, April 15, 2016

Bintulu (April 2016) P1

Salam.
Bersawang teruk dah blog ni. Haha.. Entah ada pembaca ke tidak lagi kan. 

Bertahun tak hupdate. Disebabkan lupa password. Kini baru la jumpa semula. Hehe alasan sangat kan? 

Banyak isu 3-4 tahun. Tak sempat nak travel pun. Side biznes, alhamdulillah menjadi. Tu sebab kita tak sempat melancong n melencong.

Kenapa April 2016 baru kembali travel?
Hehe.. Sebabnya.. Kali ini kita travel as a single ladies! Hehe. Makin panjang langkah den kan.

Kali ni kamek pilih Bintulu. Entahlah. Terbeli tiket ke sini pulak. Haha..

Bintulu ni kawasan industri. Oil n gas. Biasala. Kita tak penah pun survey2 sebelum travel. Semuanya ikut rasa di hati, follow langkah kaki. Tu pasal tetiba je sampai sini.

Kita amek flight dari KLIA. Jam 10.40am. Sampai kat Bintulu Airport dalam 12.56pm. Kira-kira 1 jam 50 minit. Sampai sana kena buat clearance. Bagi mycard kat kakak imigresen, pastu slip pas lawatan sosial tu kena simpan. Kalau hilang nanti masa nak balik ada masalah la..hehe.. 

Lepas dapat slip tu, kita pun keluar airport. Tak la besar sangat. Kat luar tu ada la company kereta sewa, budget taxi.. Kita plan naik teksi. Nah.. Hambek ko. Tambang RM44. Tapi berbaloi la. Jauh jugak kot kita ke Season Inn. 

Kita check in. Lelap sekejap. Pastu baru fikir nak pegi mana. Hehe

Petang sikit baru kita plan nak ke Tanjung Batu. Better sewa kereta je. Tak jauh sangat. Tapi worth it. Kita ni dah sampai ke Bali.. Tapi tak penah dapat tengok sunset.. Haha.. Ini kali kita tengok sunset. Alhamdulillah. Kali pertama. Seumur hidup ini. Baru menikmati pemandangan bumi Ilahi. Alhamdulillah.



Selain Tanjung Batu kita ikut langkah kaki ke Pondok Samudera. Seafood lover. Rata2 kat sini banyak restoran cina. Tapi kat Pondok Samudera ni Muslim food. Kita tak order pun seafood. Just makan Nasi goreng nelayan. Rasanya ok la. 

Tapi rasanya org Bintulu ni suka jaga kesihatan kot. Nasi goreng kurang masin dan air kurang manis. I like it. Tapi kan.. Portion nasi goreng ni banyakkk giler.. Tapi tak sempat nak snap photo. Lupe.. 

               Sunset kat Tanjung Batu

Hari pertama selesai. Ada baki dua hari lagi. Ingat nak backpack ke Miri. Hurmmm... Tunggu part 2. Esok ingat nak makan mie sapi. Katanya fofular kat sini.

Ye la kot. 


  Mie sapi. Mcmni ke..tengok apa bekfes kita esok ea.

Jumpa part 2:: Bintulu 






1 comment:

  1. wah..kereta sewa tu camner ye..sy ni pon next week solo traveller ke sana + kerja

    ReplyDelete