Monday, June 17, 2013

Madrid, Sepanyol

Salam sejahtera..

Kali ini saya mahu ceritakan pengalaman saya dan suami terbang merantau ke Madrid, Sepanyol.Seperti biasa, saya gunakan kesempatan untuk meninjau cara hidup rakyat di Madrid. Sepanjang lawatan hampir dua minggu, saya sempat menaiki bullet train, untuk ke Cordoba, di mana tinggalan Islam hanya tinggal sisa-sisa sahaja.

KUALA LUMPUR -LONDON (08/04/13)
Kronologi perjalanan saya bermula dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines, pada 10 April 2013. Kami terbang terus ke London dan tiba kira-kira jam 4.00 petang waktu London. Cuaca masih di paras 0 darjah celcius.. Amat sejuk... Dengan berbekalkan alamat hostel, kami tiba di London Greenwich Hostel pada jam 7 malam. Kami cuma bermalam semalaman sahaja dan keesokan harinya, saya memulakan perjalanan ke London Gatwick Airport untuk terbang pula ke Madrid dengan menaiki penerbangan tambang murah Eropah, Easyjet.com. Saya dan suami berpengalaman menaiki penerbangan dengan kadar yang amat murah, iaitu sekitar RM400 bagi dua orang. Tips untuk mendapatkan kadar murah ialah, dengan membeli tiket penerbangan dengan awal, sekitar 9 bulan ke setahun sebelum tarikh penerbangan. Jadi anda boleh banyak berjimat.

Bergambar di Station Tren Gatwick, London

LONDON- MADRID

Kami menaiki pesawat EASY JET yang konsepnya sama seperti AIRASIA. Staff yang ramah dan mesra tidak menyebabkan saya dan suami kebosanan kerana masa yang diambil untuk tiba di Madrid ialah kira-kira selama 3 jam. Penerbangan yang selesa, tanpa banyak karenah penumpang, menyebabkan saya dan suami tidak was-was lagi untuk menggunakan penerbangan ini pada masa akan datang. Sebenarnya saya sudahpun menempah tiket perjalanan ke Copenhagen, Denmark dan Geneva untuk perjalanan tahun 2014. Kalau umur masih ada, insyaallah, kami akan menjejak kaki ke bumi Eropah yang lain pula.

Kami tiba di Madrid pada jam 3.00 petang. Perut mulai lapar dan kami hanya menikmati roti sardin dari bekalan kami, di Airport Barajas. Urusan imigresen tidak sesukar mana, dan kami membeli tiket pelancong untuk pengangkutan di Madris]d selama 5 hari yang berharga 20 euro seorang. Tiket unlimited membolehkan kami meneroka seluruh bandar Madrid dengan menaiki tren atau bas awam. Di Airport, tida masalah komunikasi kerana kebanyakan pekerjanya boleh berbahasa Inggeris.

Saya memilih hostel di Madrid. Dengan berpandukan alamat yang diberikan melalui penempahan di Agoda.com, kami menaiki tren dari Barajas Airport terus ke Tribunal. Pada mulanya agak sukar kami memahami perjalanan tren mereka, tetapi setelah membaca peta laluan, amat mudah kami mencari hostel yang telah kami tempah iaitu, Hostal Pension Enanbral. Saya mengambil bilik berdua (double) dan keadaan hostel ini amat bersih. Bagi pengembara bajet, seharusnya hostel ini boleh ditambah sebagai pilihan.

Pension Enebral

Sejujurnya, saya dan suami tidak membuat perancangan secara terperinci ketika kami meneroka bumi Sepanyol ini. Harapan saya cuma satu- ingin pergi ke BUMI CORDOBA, yang penah menjadi lambang Islam yang megah, satu ketika dahulu. Pelbagai sumber saya telah cari, dan agak sukar memperolehi maklumat yang tepat. Akhirnya saya dan suami bertanyakan penduduk tempatan di Madrid, bagaimana mahu ke sana (Cordoba). Cara yang paling cepat tetapi mahal, ialah dengan menaiki BULLET TRAIN (kereta laju) dari Madrid ke Cordoba yang hanya memakan masa hanya 1 jam dan 45 minit. Cara lain yang murah tetapi memalan masa selama 6 jam ialah dengan menaiki bas ekspres. Dengan menaiki tren laju dari Atocha Train Station, kami tiba di Cordoba Train Station pada jam 11 pagi.
Tiket tren -Cordoba- Madrid

Bumi Cordoba amat cantik. Dengan menaiki teksi dari stesyen Cordoba, saya terus ke tempat tarikan pelancong iaitu The Mezquita (Spanish for “Mosque”). Binaannya masih dijaga rapi. Betapa uniknya binaan mereka kerana, istana ini dilengkapi dengan sistem pengairan yang efisyen, di mana pokok-pokok yang ditanam akan mendapat air dengan sistem longkang yang dibina bagi memudahkan proses pengairan pokok. Setiap longkang bertemu dengan pangkal pokok dan menjimatkan masa penyiraman pokok. Pokok-pokok citrus seperti lemon, oren dan zaitun tumbuh segar di dalam taman istana ini.

The Mezquita (Spanish for “Mosque”)


Pengembaraan kami seterusnya ke The Roman Bridge, yang hanya berdekatan di Mezquita. Tips, sepatutnya anda tidak memerlukan pemandu pelancong di sini kerana semua tempat menarik hanya boleh diterokai dengan hanya berjalan kaki sahaja. Jarak antara Stesyen Cordoba dengan The Mezquita hanya 20 minit perjalanan, hanya gunakan peta yang diperolehi percuma di pejabat pelancongan di Cordoba Station. Sepanjang perjalanan, bandar ini dipenuhi dengan pohon sitrus yang berbuah. Terasa geram ingin memetik buah oren yang besar, tetapi saya khuatir akan disaman oleh pihak berkuasa. Saya dan suami hanya mengutip buah oren yang jatuh dan mengamati bau oren. Memang sah itu adalah buah oren seperti jenama SUNKIST- tetapi versi besar..

Buah oren yang menghiasi jalan-jalan di Cordoba


The Roman Bridge


Perjalanan di Cordoba hanya mengambil seharian sahaja. Kami mengambil tren malam untuk kembali ke Madrid.





No comments:

Post a Comment