Thursday, September 29, 2011

STONEHENGE

SALAH SATU KEAJAIBAN DUNIA- PART 1

Destinasi ke Stonehenge saya hampir-hampir terlepas peluang untuk ke sini. Stonehenge ni terletak kira-kira 1 jam setengah dari kota London dengan menaiki keretapi laju. Terdapat beberapa cara untuk ke Stonehenge iaitu, salah satu cara yang paling mudah dan selamat ialah dengan menaiki keretapi dari Waterloo Stesyen. Waterloo ni, kiranya macam KL Sentral di Malaysia. Semua tiket ke destinasi luar London boleh di dapati di sini.

Perjalanan ke Stonehenge mengambil masa kira-kira 80 minit dari Waterloo. Harga tiket keretapi 2 way- ialah GDP32, seorang, kira-kira RM 150 seorang. Tetapi keterapi Southwest ni best, laju, bersih dan cantik. Tak macam komuter kat Malaysia ni.. Memang jauh sangat perbezaan antara keretapi di London dengan Malaysia. Tak hairanlah, kebanyakkan penduduk di London hanya berkenderaan awam ke tempat kerja. Memang sangat efisyen.




Welcome to Stonehenge

Setibanya di stesen Salisbury, kami menaiki bas khusus ke Stonehenge. Bas dua tingkat ni membawa kami terus ke tempat warisan dunia, dengan kos sebanyak GDP18. Harga ini termasuk dengan enterance fees ke Stonehenge. Pemandangan sepanjang perjalanan amat cantik dan kelihatan padang ragut yang menghijau. Kadangkala terlihat khinzir ala Mat Saleh (kakinya panjang) sedang bercanda mesra di ladang.



Bas Stonehenge

Perjalanan mengambil masa 20 minit. Ketika tiba di pintu masuk, kami dibekalkan dengan alat audio yang membantu anda lebih faham berkenaan denga batu-batan ini. Saya dan suami mengambil masa untuk bergambar di sekitar kawasan ini. Pemandangan hijau dan indah dapat dihayati semula di dalam gambar-gambar dalam blog ini.



Tulip dan herba


Setelah puas bergambar, kami mengambil keputusan untuk ke Pekan Amesbury, secara kebetulan kami ternampak ketika dalam perjalanan ke Stonehenge. Saya dan suami amat sukakan aktiviti seperti ini, di mana kami dapat mengenali masyarakat dan budaya secara dekat. Di pasar tani ini, kami dapat melihat secara dekat bagaimana masyarakat mereka menjalankan aktiviti jual beli tamanan dan ternakan mereka. Suasana seperti pasar tani di Malaysia, cuma lebih teratur dan bersih. Walaupun mereka menjual barangan basah seperti daging babi, sayuran dan buah-buahan, tetapi lantai mereka amat bersih dan tidak berair. Bukan saya bersikap prejudis, tetapi, mereka yang BUKAN ISLAM pun, mengamalkan budaya bersih, inikan pula masyarakat di Malaysia yang rata-ratanya ramai yang beragama Islam, ada yang tidak mengamalkan kebersihan. Kasihan.

Di sekitar pasar tani ini, ada juga kedai-kedai yang menjual rempah ratus, barangan dapur dan bunga-bungaan. Berhampiran dengan pasar tani ini ada juga taman yang indah, bersuasana 'English style'. Tulip, itik, angsa dan taman musim bunga bersatu menjadikan suasana nyaman dan indah.