Thursday, March 10, 2011

D.I.Y @ CAMERON HIGHLAND, MALAYSIA

Cameron Oh Cameron!!





Mint Leave Farm, Habu & Pasar Malam Brincang





Teh & Strawberry


Serba sedikit informasi berkenaan Cameron Highland...

Dataran Tinggi Cameron merupakan salah satu stesen yang paling luas Malaysia bukit. Ini merangkumi kawasan seluas 712 kilometer persegi.

Cameron Highlands adalah salah satu destinasi yang paling popular Malaysia terletak tinggi di kawasan pergunungan yang tenang . Terletak di tengah pegunungan yang luas yang melintasi Semenanjung Malaysia, para pengunjung Cameron Highlands menawarkan peluang untuk menghabiskan percutiaan mereka di kawasan sejuk, di mana lanskap yang subur dan pemandangan damai dalam persekitaran yang hijau.


Peta Cameron Highland

Sebenarnya percutian saya ke Cameron Highland ni memanglah 'tersangatlah' bajet kerana, dengan limpah kurniaNya, ayah saya, Encik Adnan Hassan telah dinaikkan pangkat sebagai Chekgu Besau di Brinchang Primary School.. Dengan itu juga, kami sekeluarga telah berhijrah ke Cameron Highland. Cameron Highland ni sebenarnya, kami sekeluarga TIDAK pernah bercuti ke sana. Mungkin disebabkan jarak antara kampung saya dengan Cameron agak jauh satu masa dahulu, ataupun kos perbelanjaan yang agak tinggi, memaksa kami sekeluarga memendamkan hasrat nak bercuti di Cameron Highland. Namun, keadaan dan masa berubah. Dengan terbentangnya jalan raya yang menghubungkan Sungai Koyan- Cameron Highland, jarak sudah tidak menjadi masalah lagi. Malahan, saya mendapati, 'jiran-jiran sekampung saya di Sungai Koyan pun akan ke Cameron Highland untuk membeli-belah sayur-sayuran.. Hahah..mesti orang kampung saya 'Awet Muda', kerana mengamalkan pemakanan sihat. Saya amat berterima kasih kepada pihak berwajib kerana memajukan kawasan kampung saya.

Jika kita cerita pasal Cameron ni, sudah tentu gambaran strawberry atau sayuran segar bermain-main di minda anda.Strawbery memang banyak di sini, dan produk yang diperbuat dari buah tersebut juga banyak. Ada teh, buah kering, jus dan lain-lain. Tapi, bagi saya, strawberry tu biasa saja. Harganya, 500gm, RM30. Kalau ada




Angah dan Ateh seronok memetik buah strawberi..

yang berminat nak petik2 buah ni, boleh ke Strawberry Farm - Ada banyak tempat. Paling best, boleh ke Big Red Strawbwerry Farm.



Big Red Strawberry Farm





Model (credit to Mrs Reen) sedang memetik buah strawberry...

Selain daripada aktiviti strawberi ni, saya amat suka ke Pasar Malam Brincang.. Kenapa? Kalau di tempat lain, pasar malam cuma diadakan seminggu sekali. Tetapi di Brincang-- Hari2 ada pasar malam.. Lagipun, harga barangan lebih murah jika dibandingkan dengan harga di kedai-kedai.. Sebagai contoh, fridge magnetic, yang boleh dijadikan sebagai cenderahati, cuma RM1 sahaja untuk sebiji. Jika kita beli di kedai-kedai, RM10 untuk 3 ketul.. Heheh, kali ini semua officemate saya dapat fridge magnetic sebagai cenderahati. Alamak, kantoi lak harganya.. Tak apa, yang penting ikhlas.



Sekitar suasana Pasar Malam Brincang


Ok, kawan-kawan, sebenarnya, saya masih lagi nak meneroka Cameron ni.. Lagipun, Cameron dah jadi kampung halaman saya, so, saya ada banyak masa nak meneroka.. Apapun, sebenarnya, ibu dan ayah saya ada juga buat 'bajet homestay'.. sesiapa yang nak travel di Cameron ini dalam bajet paling minima, boleh contact saya. Insyaallah, saya akan tolong mana yang termampu. Pilihan hotel, homestay dan apartment memang banyak di sini. Tetapi kalau nak cari yang bajet ni mungkin agak sukar sebab, di Cameron ni tempat favorite. Harga penginapan naik mendadak waktu cuti sekolah. So, sesiapa yang berminat nak bawa family yang tak berapa besar (3-6 orang), bolehlah contact saya. Harga penginapan boleh dibincangkan. Cuma, tempat terhad. Base pada availability. First come first serve. Kami cuma ambil tempahan untuk family/married couple saja (muslim). Bukan apa, disamping buat easy homestay ni, nak juga buat amal jariah.

Sebarang pertanyaan boleh drop email di syudaantika@gmail.com

Saya akan cuba membantu apa yang termampu.

Jangan lepaskan peluang CUTI-CUTI Malaysia..






INFO TAMBAHAN BERKENAAN CUTI2 CAMERON HIGHLAND:

1- Kalau nak datang ke sini dinasihatkan agar anda servis kenderaan anda terlebih dahulu... Jalan ke sini amatlah berbukit2... dan kesesakan maksimum semasa cuti sekolah yang panjang.

2. Jika terfikir nak bercuti ke sini, buatlah reservation awal jika anda mahu menginap ke sini.. Harga bilik berubah2, dan menjadi amat mahal semasa superpeak season. (Cuti sekolah + Public Holiday)

3. Jika terfikir nak Walk in Guest ke hotel2 sewaktu cuti sekolah atau public holiday..... anda AMAT BERTUAH jika dapat menginap bilik yang beharga RM400-800 sebilik... So, kalau dah mahal sangat... tukar date bercuti... nanti naye je kena tido dalam kereta/van/surau/masjid...

4. Sebagai warga Cameron, saya nasihatkan supaya rancang lebih awal tentang percutian... Jangan last minutes... percutian pun jadi "night mare"... 


Jumpa lagi dalam entry saya akan datang:


Maybe pasal:-

1- Sambungan cerita Cameron Highland
2- London
3- Paris

Kalau ada rezeki, see you there...Insyallah..


Enjoy.. Retreat...


Do It Yourself Travel...


HUSDHA



1 comment: