Friday, March 18, 2011

Sekadar Pengetahuan- Rayuan Senarai Hitam PTPTN

Sekadar Pengetahuan- Rayuan Senarai Hitam PTPTN

Kali ni, entry saya berlainan dengan entry yang sebelumnya.. Bukan apa, sekadar nak berkongsi cerita- berkenaan dengan PTPTN. Saya rasa semua tahu pasal PTPTN ni.. Sekarang tengah hangat juga pasal peminjam-peminjam ingkar ni.. Biarlah, mungkin masing-masing ada sebab masing-masing. Tapi, di sini saya nak share bagaimana anda boleh 'merealese'kan "BLACKLIST" PTPTN ni... Kalau anda tanya, bagaimana saya boleh terfikir nak buat entry ni, saya dapati ramai juga yang tidak boleh ke luar negara disebabkan kesilapan diri. Sayang sekali, tiket kapalterbang 'murah' daripada yuran bulanan PTPTN- mungkin sebab itu, ramai yang ke luar negara ni tergolong dari peminjam ingkar ni kot?.. Heheh.. mungkin jer...

Anda peminjam INGKAR, tapi nak ke Luar Negara?

Sebenarnya, terdapat banyak entry pasal rayuan bagi peminjam ingkar ni. Tapi sebenarnya, anda boleh merayu terus pada PTPTN. Caranya sebegini:

Langkah 1: Tulis satu surat rasmi- Surat Rayuan, atas nama anda. Dalam surat ni, nyatakan sebab-sebab kenapa anda perlu ke luar negara. Sebaiknya, atas urusan kerja. Kalau sebab-sebab peribadi, saya rasa, alasan nak bercuti tu, tak berapa bernas sangat.. Jujur dalam menyatakan sebab anda yer...

Langkah 2: Sediakan slip gaji, dan penyata KWSP - Sebaiknya 3 bulan- Ori punyer.. Kalau tak ada slip gaji, atau tak bekerja- tak dapat le nak menolong. Sebab, peminjam ingkar ni, perlu melunaskan pembayaran secara potongan gaji jika tak mampu nak bayar sekali gus.

Langkah 3: Pergi ke Wisma Chase Perdana - Kat Damansara. Terus ke tingkat 6, ambil nombor. jumpa pegawai, kata nak buat rayuan. Serahkan surat rasmi yang telah anda buat beserta slip gaji dan penyata KWSP. Pegawai PTPTN akan berikan penjelasan pada anda- bergantung pada kes anda.

Langkah 4 : Tunggu sekitar seminggu- dan kalau tiada panggilan dari PTPTN, anda terus je telefon talian 0320982317- bahagian rayuan senarai hitam. Biasanya, jawapan rayuan telah ada.

Langkah 5: Bergantung pada kes, kalau anda tak mampu nak bayar sekaligus, maybe boleh merayu-bergantung pada kes. Kalau sedikit bayaran pendahuluan, tinggilah bayaran bulanan masa potongan gaji nanti. Sekali kagi diingatkan, bergantung pada kes anda...

Langkah 6: Kalau dah settle semua tu, dan proses rayuan berjaya- nama anda yang telah disenaraihitam akan realese dalam masa 1 hari. Sebaiknya anda buatlah awal-awal, sekurangnya 2 minggu sebelum tarikh travel.

Langkah seterusnya: Jangan lupa bayar setiap bulan!! Cuba kenang budi yer... heheheh

Itulah sedikit sebanyak pasal macamana nak buat kalau anda telah disenaraihitam dari PTPTN. Ini juga boleh dijadikan sebahagian memori pasal travel juga.. Heheh..memori hitam kot?..Kalau nak lebih tahu, terus saja ke Wisma Chase Perdana, Damansara ye.. atau ke laman sesawang PTPTN

http://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung


Kalau nak check nama anda telah disenaraihitam atau tidak di:


www.ptptn.gov.my/web/english/faq/repayment/blacklist


Baiklah, setakat ini entry saya kali ini. Di lain masa saya akan ceritakan pengalaman lain berkenaan dengan:

1. Sistem pengangkutan di London dan Paris (Paling mudah, murah dan penting boleh, Do it Yourself)

2. Tempat-tempat menarik di London dan Paris.

3. Do & Don't masa travel..

4. Macamana nak handle bila travel dengan anak-anak kecil?


Jumpa saya lagi...


Enjoy!! Retreat!!

Do It Yourself Travel

HUSDHA



No comments:

Post a Comment