Sunday, March 20, 2011

LONDON

Salam sejahtera,

KAli ni saya nak ceritakan tentang LONDON. Mungkin ramai yang bercita-cita nak ke sana. Di sini saya akan share, semua pengalaman yang telah saya lalui di kota London ketika saya bercuti ke sana pada April 2011.


PERSIAPAN AWAL, KUL-LHR


Memandangkan suami saya bekerja di syarikat penerbangan awam, saya dan suami amat bersyukur kerana dapat menggunakan kemudahan yang diberikan. Tahun ini, kami memilih London dan Paris sebagai destinasi untuk memperluas minda pengetahuan. Destinasi ni memang saya idamkan sejak kecil, alhamdulillah,tercapai juga hasrat saya ke sana. Percutian dirancang awal, iaitu sejak bulan Jun 2010 lagi, dengan menempah hotel penginapan di Tune Hotel, Westminster, London. Harganya amat berpatutan kerana ketika saya membuat penempahan, TUNE sedang mempromosi bilik dengan mengenakan harga 1 peny bagi sebuah bilik. Saya amat suka dengan tawaran sebegini, kerana pada pendapat saya, semua orang boleh bercuti ke luar negara, asalkan pandai berbelanja dan menjadual masa. Harga yang perlu saya bayar cuma GDP50, iaitu kira-kira RM250 bagi 5 hari 4 malam. Murah kan? Sekali lagi saya ingin nyatakan, anda perlu RANCANG AWAL bagi percutian anda jika anda adalah tergolong dalam 'budget traveller'.

JIMATKAN KOS MAKAN MINUM DENGAN BAWA BEKAL SENDIRI.

London- Anda tidak perlu risaukan tentang bahan-bahan yang dibawa masuk dari luar seperti makanan dan minuman. Peraturan tidak menghadkan makanan dan minuman dari luar UK. Maksudnya anda boleh bawa makanan dari rumah. Tidak seperti Australia, yang begitu cerewet berkenaan peraturan berkenaan barang makanan ini.

Saya merancang seawal setahun lebih awal kerana ingin memastikan percutian saya menjimatkan. Mujur suami tidak banyak songeh. Saya membawa bekalan makanan yang agak banyak kerana saya khuatir harga makanan di kota LONDON mahal serta tidak berbaloi sedapnya. Sambal ikan bilis kering, mi segera, roti, sardin, tuna, Milo dan Nescafe 3 in 1 tersedia dalam satu bag yang saya letakkan di dalam kargo. Bukan apa, selain jimat, saya pasti, makanan yang saya ini mencukupi menampung kami suami isteri jika terjadi apa-apa yang tidak diingini. Semua kelengkapan seperti pakaian, kebersihan diri dan lain-lain, kami muatkan dalam satu beg troli, manakala dokumen perjalanan dan lain-lain pengenalan diri saya khaskan dalam satu bagpack yang memudahkan pergerakan saya. Keseluruhannya, kami cuma bawa 3 buah beg sahaja. Sesuai untuk perjalanan 2 orang dewasa.

Disebabkan musim di LONDON pada sekitar April adalah musim BUNGA atau SPRING, saya menghadkan pemakaian saya kepada seluar jeans, t-shirt, dan 'long john'. Long john ialah sejenis pakaian yang dipakai untuk mengelakkan hawa sejuk masuk dalam badan. Tak perlu pakai baju sejuk atau pakan berlapis-lapis kerana selain menjimatkan ruang, longjohn ini dapat menghalang udara sejuk menyaluti badan. Di mana anda boleh dapatkan LONG JOHN? Anda boleh dapati di kedai yang menjual kelengkapan pakaian travel seperti di Universal Traveller. Saya beli yang murah saja, di Shah Alam, di SACC Mall - Winter Island. Harganya sekadar RM 30-40 sahaja. Kalau yang 100% cotton, mahal sikit. So, saya beli yang semi cotton je. Kalau perlu, bawalah sepasang sarung tangan sebab cuaca musim spring sekitar 9-15 Celcius. Saya kurang tahan dengan cuaca sejuk, sebab tu saya perlukan sarung kaki dan tangan. Saya cuma bawa sepasang kasut Crocs jenis cover semua kaki supaya senang untuk berjalan jauh.


Kasut Crocs dan Long John

Apabila persiapan telah dilakukan, saya dan suami mula bertolak ke KLIA sekitar jam 8 malam. Jadual penerbangan adalan pada jam 12 malam, dan dijangka tiba pada jam 5 pagi waktu london atau 2 petang waktu Malaysia. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 14 jam.

Kami tiba di London Heathrow sekitar jam 5 pagi. Urusan imigresen tidak mengambil masa yang lama, dan kami terus ke London Underground (Sistem Transit aliran Ringan) untuk tambah nilai kad OYSTER (kad seperti Touch n Go). Nilainya boleh ditambah mengikut kemampuan seperti GDP10,20 dan sabagainya. Kad ini boleh dibeli di stesyen UNDERGROUND dan boleh dipakai secara meluas di kota London ini. Penggunaan kad ini lebih menjimatkan dari bayaran tunai ketika anda menaiki kemudahan keretapi atau bas.

Sebelum menaiki keretapi, saya terlebih dahulu menukar pakaian yang lebih sesuai. Terasa kesejukan di luar lapangan terbang. Satu lagi, saya ingi mengingatkan supaya sentiasa bawa BOTOL MINERAL KOSONG kerana, di LONDON, tiada paip air disediakan di dalam tandas mereka. Disebabkan saya kurang selesa mamakai tisu tandas, saya sentiasa bawa botol mineral kosong untuk ke tandas. Cuma penuhkan botol di sinki dan anda boleh menyucikan diri selepas melepaskan hajat kecil. Kalau hajat yang besar tu, pandai-pandailah anda ikhtiarkan.

Perjalanan kami diteruskan untuk mencari TUNE HOTEL. Berpandukan peta London Tube yang dibekalkan secara percuma di stesyen UNDERGROUND, kami menuju ke LAMBETH


OYSTERCARD

NORTH. Suka saya beritahu di sini, sistem keretapi di LONDON berpandukan jenis 'LINE" iaitu laluan destinasi yang boleh dikenalpasti melalui warna yang boleh dirangkumkan seperti berikut:


"LINE" DESTINASI"

BIRU GELAP Piccadilly line

HIJAU District line


London Tube Map- Boleh diperolehi secara percuma di stesyen di UNDERGROUND
(gambaran lebih jelas di http://www.london-tube-map.co.uk/)

Disebabkan kami tiba awal di LHR, saya dan suami memutuskan untuk menuju ke hotel Tune dahulu untuk meletakkan barang-barang. Kos yang dikenakan untuk menyimpan barang kami sementara masa 'check in' pada jam 3 petang, ialah GDP2 bagi sebuah beg. Tune Hotel London terletak di

Tune Hotels – Westminster

118-120 Westminster Bridge Road,
London SE1 7RW
United Kingdom

untuk penempahan boleh tengok di
http://www.tunehotels.com/our-hotels/westminster-london



Cara untuk sampai ke Hotel Tune:

1. Dari Terminal 5, LHR, naik UNDERGROUND ambil Piccadilly Line (Line BIRU), destinasi ke Piccadilly Circus.
2. Tukar train, naik line COKLAT (Bakerloo Line), destinasi ke Lambeth North.

3. Apabila sampai di stesen Lambeth North, naik lif untuk keluar ke pintu utama stesen. Tune hotel berada di sebelah kanan jalan. (Tune Hotel berkongsi bangunan dengan COSTA Coffeeshop).

Serba sedikit berkenaan dengan persiapan dan cara untuk sampai ke Tune Hotel London.


Lain-lain formula mudah untuk persiapan ke LONDON:

L
ong John
OYSTER CARD
New Tube Map (Latest Tube Map)
Digital Camera
COIN (Untuk kegunaan ke tandas kerana kebanyakan tandas ada palang automatik)
Note ( Duit Pound)


Jumpa lagi di post yang akan datang.

Do It Yourself.


Selamat bercuti.

4 comments:

  1. bestnyeee...kalau kos untuk sorang berapa ye??

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.

    Maaf, saya tumpang iklan ye.

    Kepada sesiapa yang mencari tempat untuk menginap di London buleh masuk ke blog kami.

    45londonstay.blogspot.com/

    Terima kasih :)

    ReplyDelete
  3. 4D3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
    (1Nite Parapat, 1 Nite Berastagi, 1 Nite Medan
    --------------------------------------------------------------------
    DAY 01 : ARRIVAL MEDAN – TEBING TINGGI – PARAPAT (L,D)
    Arrival at Kuala Namu International Airport. After customs clearance, meet our representative and Tour Guide who will take you to start the tours by using tourist Coach or Van. Transfer to the local restaurant for lunch. Then, depart to Parapat-drive along the road which offers the endless view of Rubber and Oil Palms Plantations through the journey. Stop should be made at Pematang Siantar for shopping of local product such as Kacang Tumbuk “Ting Ting, Teng Teng”, Other snacks Etc. Arrived in Parapat then check in to hotel for overnight stay, the rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 02 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI (B,L,D)
    After breakfast at hotel, ready for Samosir island excursion by Boat to visits
    Tomok village, to see the Tombs of The King Ompu Sidabutar & Shopping place. Ambarita village, to see the Traditional Batak village with ancient megalithic Furnitures. Return to Parapat for lunch at local restaurant. Afterwards proceed to Berastagi–a mountains resort with it’s refreshing weather and magnificent mountains scenery which has an abundance of Flowers, Vegetables and Fruits. En-route stops at Panorama Simarjarunjung hill (Sanitary stop),Sipiso-Piso waterfall. Arrived in Brastagi then to visit the Central Fruits Market (Shopping Place). Afternoon check in to hotel. The rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the hotel or local restaurant.

    DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
    After breakfast, proceed on two hours down the hill to Medan. Visit Lumbini Park. Arrival in Medan then city sight seeing to visit a several points of interest such as the Maimoon Palace, Al-Matshun Grand mosque. After lunch at the local restaurant, and then proceed to the shopping areas as follow Danar Hadi Batik emperium and others whole Batik sellers in Medan, including to Pasar Ikan market and Malls. Afternoon check in to hotel for overnight stay. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 04 : HOTEL – AIRPORT (B)
    After breakfast, free program before transfer to the airport for your flight home..END OF SERVICE





    Thanks /Regards

    HAMZAH SARAGIH Tour Guide Medan Sumatra Utara - IndonesiaTelp // WhatsApp : +6282160211106 Email : hamzahsaragih@ymail.com
    Web : http://hamzahsaragih.blogspot.com facebook : Hamzah Saragih Ym : Hamzah Saragih

    ReplyDelete