Tuesday, March 15, 2011

D.I.Y Travel - Jom Travel dengan Anak!!

Jom Travel dengan Anak Anda!!- PART 1



Antara kedudukan bayi yang boleh ibu atau ayah praktikkan ketika di dalam pesawat

Ada anak kecil? Jangan gusar. Anda masih boleh travel dengan gembira, asalkan anda sentiasa berfikiran positif. Ye la, anak adalah anugerah yang bernilai dari Nya, tak semua orang beruntung. Seperti saya dan suami, walaupun setelah hampir 7 tahun hidup bersama, 'anugerah' itu masih kami nanti dengan sabar. Ruang kosong tersebut telah kami isi dengan kehadiran anak-anak kecil yang bergelar 'anak rakan sepejabat' seperti Auni, Juwita, Amira, Ain Syuhada, Sofea, Raishah Amanda, Dina , Qhairah dan lain-lain yang tidak disebut disini. Atau kehadiran anak saudara kami- Aura, Marissa, Sofiya, Sahira, Suraya dan Adam. Walaupun kami jarang bertemu mereka, namun kaletah anak-anak pastinya menghiburkan kami. Terima kasih buat ibu dan ayah mereka, kerana sudi 'menumpangkan' kasih anak-anak kecil itu kepada kami. Itu pun cukup membahagiakan kami..

Entri kali ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman saya ketika melancong bersama anak-anak kecil. Pengalaman saya mungkin tidak sama dengan anda, tetapi, saya ingin berkongsi idea dengan anda. Anda boleh komen atau pendapat anda di akhir entri ini. Sekadar menambahkan pengalaman dan pengetahuan!

Bandung: Shopping Vs Jalan-jalan (Aura) + Wanita mengandung 6 bulan

Pengalaman ke Bandung sekitar May 2008, amat mengujakan kami sekeluarga. Mulanya, ayah dan ibu saya merancang untuk membawa adik-adik saya (Angah, Alang, Acik, Ateh dan Adik) naik kapalterbang saja. Namun, last minute- saya dan suami sibuk nak ikut. Apa lagi, last minute traveller jadinya. Paling seronok, ibu dan ayah saya sanggup belanja kami. Terima kasih.

Sebenarnya ini merupakan percutian pertama kami sekeluarga ke luar negara. Masa ni adik saya, Acik dan Mira tak dapat ikut sebab ada hal masing-masing. Jadi, untuk memenuhkan kuota, saya dan suami ikut sekali. hehe.. Kali ini, kami travel dengan si budak kecik- Muhammad Aura. Anak buah saya ni, 'SuperLasak'.. Semua benda nak dicuba. Sekitar 2008, ibu Muhammad Aura ni, mengandung 6 bulan lebih. Kalau nak ikutkan, memang tak boleh naik flight. Tapi adik saya ni beria-ria nak ikut, jadi kami tawakal saja. Alhamdulillah. Mujur tak ada apa-apa. Travel dengan kanak-kanak berumur kurang 3 tahun ni agak mencabar, tambahan pulak nak melayan karenah SuperLasak Si Aura. Kesabaran menjadi fokus kami anak-beranak. Masa dalam flight- Si Aura ni 'teramat' rajin 'menolong' kakak-kakak stewerdess 'mengemas' kapalterbang. Perjalanan 2 jam amat lama rasanya. Atuk dan nenek puas melarang, tapi dah memang ;peel si Aura buat 'derk' je. Sekali, lagi, jika anda nak 'handle' anak-anak jenis superLasak ni, - SABAR. Jangan tension-tension. Nanti percutian anda jadi kurang best disebabkan mood anda dah tension...SABAR yer.. Alkisahnya si Aura ni, asyik nak tolong mengemas, maka dibiarkan saja dia mengemas sampai penat.. Lepas dia penat, masa dekat-dekat kami tiba di Airport Jakarta, maka Si Super Lasak ni pun tertidur. Nasib baik badanya ringan, boleh dimasukkan dalam stroller.. Ha, untuk perjalanan jauh, stroller amat diperlukan walaupun anak-anak anda dah pandai berlari... Sebab, dengan stroller ini, anda dapat bergantung jika tiba masa anak anda perlu 'take a nap' sedangkan anda masih ingin bersiar-siar..


Perjalanan udara dengan bayi boleh menyebabkan, kepenatan melampau, baik untuk dewasa dan bayi.

Mengapa demikian?

Perjalanan udara dengan menaiki pesawat, amat terhad kedudukannya. Sesetengah airline, tempat duduk ekonomi, ruangnya kecil, menyebabkan bayi dan anda agak kurang bebas bergerak. Jika perjalanan memakan masa lebih dari 1 Jam, mungkin agak memenatkan ibu atau bapa untuk memangku anak mereka.. Sebagai persediaan, anda boleh meminta bantal kecil untuk dialaskan di bawah tangan..Lagipun anak anda boleh tidur dengan selesa.. Tetapi, jika perjalanan melebihi 2 jam, pastikan kedudukan anda dan anak anda diubah-ubah supaya tangan anda tidak kejang atau tengkuk anak anda lenguh.


Anda boleh cuba beli bantal ni.. Mungkin membantu anda..




Keselamatan anak anda harus diutamakan


KEPERLUAN BAYI SEMASA MELANCONG


PAKAIAN BAYI/KANAK-KANAK

* Rompers atau baju tebal untuk kegunaan malam. Yang lain, pilih yang dapat dipakai siang hari atau di malam hari.
* Setidaknya 2 sunhats/topi
* Pakaian yang mudah dicuci.


Untuk masa makan.

- Tablet Milton.
- Napkin
-Tisu basah

Susu /makanan bayi

-Bawa kudapan seperti biskut mudah cerna, air minuman kerana bayi/ kanak-kanak akan leka kalau dapat makanan (elakkan jajan, gula-gula)
- Botol susu secukupnya
-Susu secukupnya- Tak perlu bawa tin atau tupperware besar.Memadai dengan tin kecil sahaja jika perjalanan kurang dari 3 hari. (Terdapat barangan kelengkapan bayi yang khusus meletak susu tepung- boleh dianggarkan jumlah susu yang diperlukan)

Keperluan masa Tidur:
Blanket/
lembaran kain untuk alas
Summer sleeping bag (0,5 atau 1 mantle).


Hiburan:

* Sebuah pilihan mainan kegemaran bayi anda.
* Kereta kerusi mobile.
* Flat pack kerusi goyang

Lain / Essentials:

* 50 + Sunblock.
* Lampin / diaper dan krim (tentu saja anda boleh membeli ini di perjalanan anda, tetapi ada baiknya mengambil minimal cukup untuk beberapa hari).

* Buggy / kereta dorong
* Gunting kuku bayi (kuku kecil mereka akan tumbuh lebih cepat di bawah sinar matahari).
* First Aid Kit
* Sebuah kipas tangan atau kipas bateri.


Part 1- Setakat ini dulu... Kita jumpa di Part 2 dan seterusnya...


ENJOY..RETREAT...

Do It Yourself Travel

HUSDHA























No comments:

Post a Comment