Wednesday, February 2, 2011

DIY Travel: Kuching, Sarawak 2010

Puteri Santubong

Puteri Santubong puteri sejenjang
Penjaga gunung negeri Sarawak
Manis sik a
da dapat dilawan
Anak dak dewa turun kayangan

(syair )
Ooo... puteri santubong

Menenun kain... siang
Ooo... puteri sejenjang
Menumbuk padi...
malam
Satu hari nya duak kelayi
Beranok-anok sik renti-renti
Sorang madah dirik bagus agik

Sorang sik ngalah sampei ke mati

Yalah kisah duak 'rang puteri Suka kelayi setiap hari
Lalu disumpah raja kayangan
Menjadi gunung Negeri Sarawa
k

Hai.. Salam sejahtera, jumpa kembali.. mesti para follower pernah mendengar lagu di atas kan? Lagu yang cukup sinonim dengan bumi kenyalang.. Sebenarnya telah lama saya idamkan ke Sarawak. Semenjak kecil lagi.. Alhamdulillah, ketika umur saya menginjak 30 tahun, impian saya ke Sarawak pun tertunai.. Terima kasih buat AirAsia.com, syarikat tambang murah paling bermurah hati menerbangkan kami dari LCCT ke KCH. Jom kita menjelajah Bumi Kuching..



Antara ahli rombongan -Officemate trip 2010: Dari kiri, Cik Ella, Puan Hani, Chef Amir, saya (Husdha) dan Chef Akhmal bergambar dengan kereta sewa, (Proton Wira 1.6) hanya kos RM 180 untuk 3 hari.



Antara koleksi foto kegemaran saya: Kuching Gergasi




Antara replika kucing di tengah bandar Kuching




Bergambar kenangan di hadapan Plaza Sarawak


Destinasi yang seterusnya untuk sessi cuti-cuti Malaysia kali ni, kami memilih Kuching, Sarawak...

Tarikh dan destinasi telah dipilih. Kami memilih 8 Mac 2010 hingga 11 Mac 2010 sebagai ruang masa kami melepaskan tekanan..

Kami masih memilih AirAsia sebagai pengangkutan kami dari LCCT ke Kuching, Sarawak.. Kali ini ahli rombongan agak besar yang melibatkan 7 dewasa dan seorang kanak-kanak.

Ini adalah kali pertama saya menguruskan satu rombongan yang besar.. Oleh itu mungkinkah perbelanjaan pun besar juga? Ye ke? Oh.. Tidak.. Jangan tak percaya, kos tiket penerbangan yang dikendalikan oleh syarikat tambang murah AirAsia


cuma RM 100 sahaja untuk 1 dewasa? Murah bukan? Mesti ada yang tertanya-tanya bagaimana saya boleh mendapatkan harga sebegitu murah? Jawapannya ialah...beli tiket penerbangan awal-awal.. Maknanya, perancangan awal diperlukan jika kita suka melancong beramai-ramai.. Ini mungkin sebagai idea untuk individu atau pasangan yang ada anak ramai, tetapi bajet tak berapa banyak. Percutian masa cuti sekolah memang agak membebankan kerana ketika cuti sekolah hotel, resort, kereta sewa dan tiket flight berganda-ganda harganya.. Oleh sebab itu saya memilih untuk TIDAK bercuti tatkala masa musim cuti sekolah. Mujur juga, anak rakan-rakan masih kecil, so x payah nak sibuk-sibuk nak minta kebenaran cikgu untuk bercuti.. mujur juga di tempat kerja saya selalu cuti semester tidak bertindih dengan cuti sekolah... Ini menyebabkan ruang masa kami tidak terlalu terbatas.. Alhamdulillah...its credit for me!

So, masalah nak tempah tiket mungkin tiada sebab saya sentiasa update harga-harga tiket yang murah. Mungkin juga disebabkan kami semua tutor bahagian pelancongan dan hospitaliti, minat suka melancong akan kami adaptasi dalam bentuk ilmiah ketika kami berada di dalam kelas, berkongsi pengalaman buat anak bangsa...

Ok, tiket pun sudah ditempah awal.. kami menempah tiket seawal Bulan Ogos 2009 dan Oktober 2009 bagi penerbangan pada Mac 2010.. Haaa.. awal tak? Tapi, jangan gusar, kami ada lebihkurang enam bulan untuk acara 'pengumpulan dana perbelanjaan'...kalau sebulan kita simpan RM100 seorang, so ada 9 orang yang menyertai rombongan ini, kami boleh mengumpul:

RM100 seorang x 9 orang= RM900

dana dikumpul mulai September 2009 hingga Februari 2010= 6 bulan..

bajet dana yang diperoleh.

RM 900 x 6 = RM 5,400.00

Apa yang anda lakukan jika ada RM5,400? Diingatkan sekali lagi, anda SUDAH membeli tiket flight..so lupakan perbelanjaan tu.. Kita fokus pada perbelanjaan lain, seperti, hotel, makan minum, sewa kereta, minyak kereta, tiket masuk ke muzium dan sebagainya, membeli cenderahati, dan lain-lain aktiviti..

Bajet untuk Penginapan- DIY...

Seperti tiket flight juga, secara kebetulan kami dapat harga 'bajet' untuk penginapan bajet di Tune Hotel Kuching.. Mengapa saya pilih Tune? Selain harganya berpatutan, saya dapati Tune Hotel bersih, selesa dan amat sesuai untuk kami inap kerana kami merupa pengembara... kami cuma akan pulang ke hotel untuk mandi dan tidur sahaja setelah penat mengembara.. Hahh.. ini mungkin berbeza dengan konsep bercuti untuk merehatkan badan sambil dibuai angin sepoi-sepoi bahasa.. Ini mungkin kunjungan kali pertama dan mungkin yang terakhir kami di bumi ini, oleh itu akan kami jadikan percutian ini


Keratan laman web Tune Hotel, Kuching untuk penginapan 4H 3M, untuk 2 orang

seperti 'penuh ilmu di dada..'.. begitulah perumpamaan saya terhadap percutian ini.. Kami akan jadikan tempoh 4 hari tiga malam sebagai ruang lingkup pencarian ilmu yang padat supaya pengetahuan yang diperolehi dapat dihamburkan dengan indah dan pelbagai...



Sekitar di Waterfront: Ahli rombongan Sarawak 2010


Selama 4H 3M di Sarawak telah kami penuhkan dengan pelbagai aktiviti besiar-siar di sekitar Kuching, Damai dan kawasan sekitar.

Hari pertama (8 Mac 2010)

Kami mengambil flight paling awal iaitu jam 8pagi. Kami tiba di Lapangan Terbang Kuching sekitar 9.30 pagi dan kereta sewa sedia menunggu. Sementara menunggu ahli rombongan yang menaiki penerbangan MAS, (Bed & Famili) kami berjalan-jalan di sekitar Airport. Bed dan keluarga tiba sekitar jam 11 pagi, dan kami memulakan jelajah Sarawak hanya berpandukan sebuah peta dan GPS handphone saya dan suami. Kereta telah disewa dengan kadar RM60 sehari dan saya memilih Kereta Wira 1.6 manakala sebuah lagi ialah kereta sewa Kelisa. Mungkin pemilihan kereta sewa kelisa tidak praktikal bagi famili yang membawa stroller dan kelengkapan anak-anak, jadi bagi keluarga yang berniat nak menyewa kereta murah di Sarawak, pilihlah kereta Wira Sedan atau seumpamanya kerana memilih kereta kecil akan membataskan ruang selesa penumpang..Mujur juga saya menyewa kereta besar, so Bed dapat menumpangkan beg-beg di dalam kereta sewa kami. Jelajah pertama kami ialah untuk mencari makanan untuk makan tengahari. Berpandukan senarai kedai makan yang dipaparkan dalam GPS, kami memilih sebuah restoran yang berkonsepkan makanan melayu.. (Maaf, namanya saya tidak ingat) Secara amnya, pada hari pertama, kami agak 'lost' dan hanya berpandukan pada GPS sahaja. Selepas makan tengahari, kami terus ke Hotel Tune untuk meletakkan barang dan beg. Kami merancang untuk keluar semula sejurus check in di Tune Hotel. Setelah selesai, saya, suami, Hani dan Ella terus ke Waterfront untuk berjalan-jalan sementara menunggu ahli rombongan lain berehat sebentar.

Waterfront-Kunjungan anda ke Kuching dikatakan tidak lengkap jika tidak singgah ke sini. Tempat ini di antara tarikan utama yang terdapat di Kuching. Selain keindahan Sungai Sarawak, kita boleh menikmati pemandangan bot-bot kecil serta melihat aliran air sungai yang bersih . Kuching Waterfront juga adalah tempat tumpuan penduduk tempatan berkumpul untuk riadah bersama keluarga. Bersetentangan dengan Kuching Waterfront itu, juga terdapat banyak deretan kedai yang menjual pelbagai jenis kraf yang boleh anda beli dan bawa balik.
Aktiviti lawatan kami sehingga malam menjelma. Sebelum pulang ke hotel, kami menikmati makan malam di Restoran Barok di seberang sungai Sarawak. Makanan istimewa ialah nasi ayam penyet bakar dan umai. Kami menaiki perahu dari waterfont dengan kadar tambang RM0.30 sehala.. Disebabkan tidak sampai hati, kami menghulurkan tambang agak lebih kepada pakcik yang membawa perahu tambang kerana sudi membawa kami yang agak 'overloaded'.. saksikan foto kami menaiki perahu atau sampan untuk ke seberang.




Kami seramai 8 orang menaiki sampan ke seberang sungai Sarawak: Jangan risau- insyaallah selamat..



Hari Kedua: 9 Mac 2010

Kampung Budaya Sarawak

Dengan melawat perkampungan ini, anda bagaikan sudah melawat ke seluruh negeri Sarawak. Sebab itulah, ia digelar muzium hidup terbesar di dunia. Perjalanan ke sini mengambil masa kira-kira 45 minit dari Kuching dan tiketnya pula berharga RM60 untuk dewasa dan RM30 untuk kanak-kanak. Di sini anda dapat melihat aktiviti kebudayaan, dan pelbagai aspek sosio budaya kaumnya yang pelbagai. Kampung Budaya Sarawak ini mempunyai tujuh model berskala asal iaitu Rumah Panjang Bidayuh, Rumah Panjang Orang Ulu, Rumah Panjang Iban, Pondok Penan, Rumah Melanau, Rumah Melayu dan Rumah Cina. Di sini anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Kebudayaan Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu.



Kampung Budaya Sarawak

Enjoy! Retreat!

Do It Yourself Travel....

Husdha


2 comments:

  1. salam, blh tak beri contact no sewa kereta ni, saya akan ke kuching september ni..
    blh bantu tak pasal booking tune hotel ni...
    misal kata saya nak booking 1 bilik utk 2 mlm, masa add on tv atau air cond, saya perlu click 1 atau 2 jika saya nk guna utk 2 hari?
    terima kasih..

    ReplyDelete
  2. ADA NO TEL KERETA SEWA TAK? EMAIL ME..SAYA NAK G ESOK :) 6.5.2011 miss.amie07@yahoo.com / 0122576032

    ReplyDelete