
Pulau BaliDestinasi pilihan saya dan suami pada tahun 2010 ialah Pulau Bali, Indonesia. Pada mulanya saya agak ragu-ragu untuk ke sana, maklumlah, kami suami isteri tak pernah ke luar negara hanya berdua. Tapi kali ini, saya dan suami nekad untuk ke sana. Percutian kami masih lagi dalam kategori bajet- bukan bercuti jenis luxury. Seperti biasa, saya akan mengatur semua keperluan seperti menempah bilik hotel, tour, makanan dan minuman serta kenderaan di sana. Saya memilih untuk tinggal di Tune Hotel Kuta. Hotel bajet yang amat sesuai bagi sesiapa yang akan hanya perlukan tempat untuk tidur sahaja. Secara keseluruhan saya dapati hotel ini amat baik dan bersih.. Mudah dan senang ditemui. Tetapi, bagi pendapat saya, hotel ini kurang sesuai bagi sesiapa yang nak "berhoneymoon".. maklumle, biliknya amat kecil dan katilnya terhad untuk tidur sahaja. Cuaca di Bali ketika saya kinjungi amat panas, dan di Tune Hotel, anda dikehendaki membayar harga lain untuk mendapatkan penghawa dingin. Saya akan huraikan dengan lanjut berkenaan dengan perbelanjaan saya dan suami ketika di sana:
Perbelanjaan percutian bajet ke Pulau Bali
Tiket kapalterbang (AirAsia- returned) - RM 450 (promosi) x 2 = RM 900.00
Hotel Tune (5h 3m) - RM 350 (promosi)
Tour (2x full day) - RM 300
Makanan dan minuman - RM 30 sehari x 5 hari= RM 150
Pengangkutan: airport-hotel-airport - RM50
Cenderahati -RM 100
Itu adalah bajet secara kasar..
Ok, jom kita jelajah Pulau Bali...
Saya amat mengkagumi masyarakat di Bali. Walaupun 90% daripada mereka menganut agama Hindu, tetapi mereka tidak menjadikan agama sebagai halangan untuk mereka berbuat baik dengan orang lain. Maksudnya, mereka menjalankan aktiviti keagamaan mereka tanpa mengganggu masyarakat lain. Selain dari itu, mereka mementingkan aspek hospitaliti yang tinggi tak kira di mana sahaja mereka berada. Samaada mereka bekerja sebagai tour guide, pengurut, pekerja hotel malahan makcik-makcik yang berselisih di tepi jalan pun sentiasa senyum dan hormatkan orang lain. Ini adalah salah satu sikap yang saya belum jumpa di Malaysia, hormat dan selalu senyum kepada orang yang tidak dikenali.. Di Bali, mungkin industri utama mereka adalah hospitaliti pelancongan, oleh itu mereka mengamalkan budaya senyum dan ramah agaknya.. Pada pandangan saya, di Malaysia sepatutnya lebih berbudi bahasa kerana Malaysia juga berpotensi menjadi tempat pelancongan yang utama pilihan pelancong. Pada pengalaman saya, saya agak gusar melancong di tempat sendiri kerana terdapat budaya 'main hentam harga' jika peniaga dapati pelancong terdiri daripada orang luar.. Tetapi di Bali mungkin telah diwartakan setiap harga makanan dan minuman, so semuanya standard sahaja...
Tetapi itu hanyalah pengamatan saya sahaja.. mungkin anda mempunyai pendapat lain...
Bali- Pulau Romantis?
Ramai yang mengatakan Pulau Bali ini adalah tempat yang sesuai untuk memadu kasih.. Ada benarnya, kali ni saya ke Bali untuk 'retreat' hubungan perkahwinan saya dan suami yang menjangkau usia lima tahun. Lima tahun satu tempoh yang panjang bagi kami.. Alhamdulillah, kasih makin utuh antara kami.. chewwah... maklumlah, masa mula-mula kahwin dulu, kedudukan kewangan masih belum nak stabil, so, after 5 years, hahh.. baru ada chance nak merasa honeymoon kat Bali.. Alhamdulillah, merasa jugak kami ke Pulau Cinta ni..
Walaupun kami menjelajah ke Pulau Cinta ni dalam tempoh yang agak lama (5H 3M), tetapi terasa kunjungan kami tidak terasa lamanya.. Ini disebabkan jadual kami padat dengan pelbagai aktiviti. Sudah semestinya, saya yang mengatur semua perjalanan percutian ini. mujur suami saya tidak cerewet. Dia hanya setuju sahaja setiap rancangan yang saya kemukakan... Nanti saya ceritakan apakah perkara yang kami suka lakukan ketika kami berada di Bali..
Tetapi itu hanyalah pengamatan saya sahaja.. mungkin anda mempunyai pendapat lain...
Bali- Pulau Romantis?
Ramai yang mengatakan Pulau Bali ini adalah tempat yang sesuai untuk memadu kasih.. Ada benarnya, kali ni saya ke Bali untuk 'retreat' hubungan perkahwinan saya dan suami yang menjangkau usia lima tahun. Lima tahun satu tempoh yang panjang bagi kami.. Alhamdulillah, kasih makin utuh antara kami.. chewwah... maklumlah, masa mula-mula kahwin dulu, kedudukan kewangan masih belum nak stabil, so, after 5 years, hahh.. baru ada chance nak merasa honeymoon kat Bali.. Alhamdulillah, merasa jugak kami ke Pulau Cinta ni..
Walaupun kami menjelajah ke Pulau Cinta ni dalam tempoh yang agak lama (5H 3M), tetapi terasa kunjungan kami tidak terasa lamanya.. Ini disebabkan jadual kami padat dengan pelbagai aktiviti. Sudah semestinya, saya yang mengatur semua perjalanan percutian ini. mujur suami saya tidak cerewet. Dia hanya setuju sahaja setiap rancangan yang saya kemukakan... Nanti saya ceritakan apakah perkara yang kami suka lakukan ketika kami berada di Bali..
Antara tempat menarik di Denspasar, Bali
Makan-makan di Bali...

Menu kegemaran saya semasa di Bali sehingga terngiang-ngiang hingga kini (lokan@kerang bakar).. Nyumm..nyum..
Ada yang mendakwa, di Bali memang sukar mencari makanan halal. Memang benar dakwaan tu, tetapi dengan D.I.Y travel, sudah tentu saya dan suami hanya berjalan kaki sahaja untuk mencari tempat makan yang halal. Kalau berada di negara orang, mungkin 'expectation' untuk mendapatkan 100% mengikut kehendak dan selera sendiri mungkin amat mustahil.. Maklumlah, di Malaysia pun ada kadangkala amat konteversi bila menceritakan isu halal dan haram, apatah lagi jika di luar Malaysia.. Cara untuk menentukan makanan yang kita makan bebas benda-benda haram amat sukar di sini, so, saya dan suami hanya bertawakal saja, dan kami menjumpai sebuah 'food court' yang menhidangkan pelbagai jenis makanan termasuklah 'seafood'. Dalam kunjungan kali pertama ini, kami tidak sempat untuk ke Jinbaran, yang terkenal dengan seafood, tetapi kami hanya sempat ke tempat/kedai makanan laut 'ala-ala Jinbaran di Kuta. Landmark paling senang ialah, bersebelahan dengan Mc Donald's. Jika anda berjalan kaki di sekitar Pantai Kuta, cari Mc Donald's dan ada food court berdekatan dengan kawasan tersebut. Pilih gerai yang namanya 'Ala Jinbaran'.. Makanan tidak terlalu mahal, malahan amat berpatutan. Saya dan suami memilih untuk menikmati Mie Bakso, kepah/kerang bakar (500gram), ikan bakar, nasi goreng pedas dan teh botol, lebih kurang IDR160,000 sahaja,
(RM40.00).. murah.
(RM40.00).. murah.
Sebenarnya banyak lagi aktiviti yang saya lakukan di sana antaranya, tour di sekitar Bali.. Pulau Bali memang cantik, tapi saya tidak berminat nak snokeling atau mandi di laut Bali.. Takut. Pantai Kuta sesuai untuk sesiapa yang minat nak surfing.. Tapi, saya takut nak cuba..
Ok, antara aktiviti yang saya dan suami lakukan ialah:
- Uluwatu Sunset and Kecak Dance
- Makan malam di gerai Ala-ala Jinbaran "Kuta"
- Tarian Barong & Keris
- Lawatan ke Gunung Berapi Kintamani
- Lawatan ke tempat-tempat ukiran batu, kayu dan perak
- Lawatan ke pasar Tradisional Denpasar
- Lawatan ke Jaganata Temple
- Lawatan ke Muzium Seni
- Lawatan ke Bajra Shandi Monument
Saya akan membantu apa yang termampu..
Enjoy! Retreat!
Do It Yourself Travel....
Husdha








bulan jun 2011 ni saya dan pelajar PTPL akan ke Bali lagi.. check it out!!
ReplyDeleteSalam, saya akan pergi ke Bali bulan ni.. tetapi tidak mengambil ape2 tour package, adakah sukar utk pergi ke tempat tersebut..# Lawatan ke Gunung Berapi Kintamani
ReplyDelete# Lawatan ke tempat-tempat ukiran batu, kayu dan perak
# Lawatan ke pasar Tradisional Denpasar
en redzuan- saya suggest agar encik mengambil tour package saja. harga teksi adalah lebih kurang sahaja dengan tour package. kalau ada niat untuk membawa kereta sewa, keadaan jalan raya di bali agak sesak dan sempit.
ReplyDeletekos lawatan melalui tour package amat berbaloi. sekitar RM150 satu van /MPV yang boleh memuatkan 6 orang. Boleh try 'Bali Agung Tour Agent'. Lawatan ke pasar traditional boleh di request pada driver. Custom itinerary pun boleh.