Wednesday, September 29, 2010

Pulau Langkawi, Malaysia

Pulau Langkawi terletak di negeri Kedah, merupakan salah sebuah pulau daripada 99 buah pulau yang menghiasi landskap perairan di utara Malaysia. Pulau Langkawi merupakan pulau yang unik dan cantik, penuh mitos mahupun misteri yang perlu dirungkaikan oleh setiap pelawat yang melawati pulau lagenda ini.

Kembara saya ke Pulau Langkawi ini lebih daripada sepuluh kali, namun saya akan berikan maklumat mengenai pulau ini agar para pengembara dapat mencari info yang tepat dan dapat meluangkan masa cuti dengan lebih selesa, mudah dan seronok.

Kita kembara ke Lang
kawi...

Jom..

Jika anda bertolak dari Kuala Lumpur.

Lawatan pertama saya dahulu, merupakan lawatan rombongan sekolah rendah. Tetapi, di sini, saya akan menceritakan lawatan terbaru saya ke Langkawi sekitar tahun 2009.

Bertolak dari Shah Alam atau Kuala Lumpur

Peta ke LCCT dan jadual perjalanan shuttle bus

Disebabkan saya dan rakan-rakan telah menempah tiket penerbangan lebih awal, tambang yang dikenakan oleh Airasia.com cuma RM32.00 sahaja untuk penerbangan pergi balik KUL-LGK-KUL. Mungkin anda semua sukar untuk percaya, tetapi Airasia adalah syarikat tambang murah yang paling 'baik hati', kerana sudi memberikan tambang murah kepada kami. Tapi, kalau tambang yang tanpa promosi, mungkin antara RM 400.00 seorang. Tambang bas saya tidak berapa pasti, mungkin kurang daripada RM100.00.


Kami bertolak dari KL Sentral ke LCCT seawal 4 pagi kerana masa penerbangan kami pada 7pagi. Dengan menaiki shuttle, kami tiba di LCCT sekitar 5.30 pagi dan kaunter pendaftaran masuk telah dibuka. Kami bertolak tepat pada masanya tanpa delay. Sekitar jam 9 pagi, kami telah sampai di Langkawi. Aktiviti pertama ialah nenempah kereta sewa. Kami mengambil kereta sewa di Airport Langkawi dengan kadar RM 60 sehari. Kami ke Langkawi hanya 4 hari 3 malam. Kadar sewa mungkin berbeza bergantung pada jenis kenderaan, tetapi saya mengambil keputusan dengan menyewa My Vi. Mari saya tunjukkan perbelanjaan saya ketika di Langkawi.

Percutian Bajet saya dan rakan-rakan di Langkawi

Transportation: Kapalterbang (Airasia.com): Promosi RM 32/seorang
Penginapan: Chalet di Pantai Chenang RM 45/bilik semalam
Kereta Sewa: MyVi RM 60/kereta
Makanan dan minuman sepanjang 4 hari 3 malam RM 100/seorang

Aktiviti di Langkawi
Kereta Kabel (Seperti yang dinyatakan di bawah)
Island Hopping RM 200 per bot (5-6 orang)

Lawatan ke Galeria Perdana, Tun Mahathir RM5.00 seorang.

Keseronokan menaiki kereta kabel

Pendakian kereta kabel akan membawa anda ke puncak kedua tertinggi di Langkawi untuk menikmati pemandangan yang mempesona!

Sekiranya cuaca cerah, anda boleh melihat sebahagian kawasan Thailand di utara dan Indonesia di barat-daya. Pendakian kereta kabel ini yang mengambil masa selama 20 minit adalah suatu pengalaman yang membuat anda teruja melewati hutan hujan yang tebal dan air terjun di bawah anda.

Pemandangan dari pelantar kereta kabel


Tambang seperti berikut:

Sumber

http://www.langkawi-online.com/pages/places-of-interest/langkawi-cable-car.php
FARES
RETURN TRIP FROM BASE STATION TO THE TOP STATION Duration A round-trip 30 minutes. (Exclude queuing time)
Publish Rates
Adult RM25.00
Children (3 – 12 yrs old) RM18.00
Student (Letter from School required) RM18.00


Note:
Discount price will be given to Malaysian with MYKAD, purchase at ticket counter only.

OPERATING HOURS

Monday – Thursday 10.00am - 18.00pm
Wednesday 12.00pm - 18.00pm
Friday – Sunday & Public Holiday 09.30am - 19.00pm


Galeria Perdana

Galeria Perdana merupakan tempat yang bagus untuk megentahui asal usul mantan perdana menteri iaitu Tun Dr Mahathir. Tiket masuk tidak mahal, RM5.00 untuk dewasa dan RM2.00 untuk kanak-kanak. Tapi, foreigner lain..mahal sikit.. tetapi informasi amat bernilai kepada sesiapa yang masih 'kurang' mengenali Tun dengan lebih lanjut. Sesiapa yang baru kali pertama menjejaki Pulau Lagenda ini atau adik-adik yang mengikuti rombongan persekolahan bolehlah menjadikan galeria ini sebagai salah satu destinasi pelancongan ketika di Langkawi.

Galeria Perdana


Pulau Dayang Bunting

Saya bergambar dengan rakan-rakan di pintu masuk Pulau Dayang Bunting




Pulau dayang Bunting yang terletak kira-kira 20 minit dari jeti Kuah.

Tasik Dayang Bunting terletak di sebelah selatan Pulau Langkawi, di kelilingi oleh tumbuh-tumbuhan hijau ,merupakan tasik yang terbesar di Pulau Langkawi.Bukit bukau dan gunung ganang di sekeliling tasik tersebut kelihatan seolah-olah sepeti tubuh seorang wanita hamil yang sedang berbaring (boleh anda perhatikan melalui island hopping) Tasik dan pulau ini mendapat nama dari kisah dongeng masa lalu .Lagenda ini bermula dengan percintaan puteri kayangan yang mengahwini putera bumi .Anak sulong puteri tersebut mati ketika di lahirkan. Maka dengan rasa sedih beliau telah mengebumikan mayat anaknya di tasik tersebut .Sebelum pulang kekayangan ,beliau berdoa melalui saat itu ,setiap wanita yang tidak mempunyai anak akan dikurniakan anak sekiranya mandi di tasik tersebut .Allahuallam...

Makam Mahsuri Langkawi

Makam Mahsuri terletak kira-kira 12 km dari bandar Kuah .ia meu
pakan makam peringatan ke atas pengorbanan Mahsuri di Langkawi, si jelita yang telah dituduh melakukan perkara sumbang. Mahsuri dijatuhkan hukuman bunuh ditikam sehingga mati dengan sebilah keris. Menurut lagenda, darah putih mengalir keluar dari tubuh Mahsuri setelah ditikam dan saat-saat menemui ajalnya beliau telah bersumpah ke atas Pulau Langkawi yang mana ia tidak akan maju dan bahagia selama tujuh generasi. Samada dongeng atau mitos,tujuh generasi telah pun berlalu dan sekarang Langkawi mengalami arus pembangunan yang begitu pesat sekali .

Underwater World Langkawi

Di sini kita boleh menyaksikan berbagai hidupan laut yang di tempatkan di dalam tangki kaca Terletak di Pantai Cenang dan merupakan pusat tarikan yang menarik di Langkawi .Terdapat lebih 5000 jenis hidupan laut dipamerkan didalam lebih 100 tangki kaca yang berbagai saiz dan jenis .Tarikan utama adalah ikan-ikan yang besar s
eperti jerung,pari tropika,penyu serta yang terbaru seperti anjing laut ,penguin dan naga laut .Terowong sepanjang 15mtr telah di bina untuk kemudahan pengunjung berjalan sambil melihat keindahan hidupan laut yang mempersona.

Dataran Lang Langkawi
Dataran Lang terletak berhampiran dengan jeti Kuah .Tarikan utama ialah arca seekor Burung helang. Menurut Lagenda ,Langkawi mendapat nama dari perkataan 'Lang' yang merupakan nama pendek bagi 'helang' .Manakala 'kawi' mengikut istilah melayu kuno bermaksut coklat.Maka Langkawi bermaksud Helang Coklat .Di dataran tersebut terdapat sebuah tasik yang indah ,restoran,jejambat ,jeti dan teres yang berbumbung . Kedudukkannya yang berdekatan dengan pantai menjadikan ia sebuah tempat yan
g menarik bagi pengunjung yang bersiar-siar dan juga menikmati makan malam.Di samping itu ia juga terletak bersebelahan Taman Lagenda Langkawi .




Langkawi -Telaga Tujuh (Seven Wells)

Telaga Tujuh terletak di sebelah barat laut Pulau Langkawi ,Telaga Tujuh merupakan telaga yang terbina dari kejadian bumi yang menakjubkan .Dinamakan Tel
aga Tujuh kerana air terjun ini terbentuk dari pecahan 7 telaga semula jadi .Kehijauan pepohon disekitar Telaga Tujuh menambahkan lagi suasana tenang disekelilingnya.Mengikut lagenda, puteri-puteri dari kayangan sering mandi-manda di telaga ini.

Telaga 7 di Langkawi

Haa.. itu sedikit sebanyak info pasal Langkawi.. Ada yang suka ke sana untuk shopping.. memang best.. Tapi sesiapa yang nak shopping tu, ada sesetengah barang akan dikenakan cukai kalau beli banyak-banyak. Contohnya macam pinggan mangkuk, rokok, minuman keras dan sebagainya.. Tapi, setahu saya, kalau anda bermalam lebih dari 3 hari di sana, anda akan dikecualikan dari tax.. info lanjut, boleh di dapati di pejabat kastam kat airport atau jeti.. Saya dan rakan-rakan tak pernah kena tax.. so tak tau pulak bayarannya macamana... Tempat shopping yang famous kat sana- Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Kat sana ramai kakak-kakak dan makcik-makcik sakan shopping pinggan mangkuk.. memang murah sangat...Ada jenama Arcopal, Vision, Corell dan lain-lain.. memang berbaloi nak beli tapi kalau nak shopping better sewa kereta, kalau tidak mesti penat nak mengusung pinggan mangkuk yang berat tu ke sana dan ke mari..

Tempat-tempat makan yang best di Langkawi

Bila bercerita tentang makan ni, tempat kegemaran saya bila berkunjung ke sini mestilah berkaitan dengan makanan laut.. Antara tempat yang saya pernah kunjungi dan harganya berpatutan ialah:

Seafood Wonderland- Dekat ngan Tiara Hotel, Pekan Kuah (Amat dicadangkan untuk anda pergi mencuba!!)

May Hiang- berdekatan ngan simpang nak ke Awana Porto Malai- (Pantai Tengah)
Nasi Lemak Murah- Berdepan ngan Underwaterworld (Sarapan sahaja)
Laksa Kuala Perlis/Kedah- Kat jetty (Nama kedai x brapa ingat)
Kedai makan area Pantai Cenang

Pilihan restoran makanan segera amat banyak, so kalau tiba-tiba anda teringin nak makan KFC, Mc Donald atau lain-lain, boleh ke langkawi Fair atau jetty Kuah. Banyak pilihan di sana.



Ok, itu saja.. jumpa di destinasi seterusnya...

Jauh berjalan, luas pemandangan...


Enjoy! Retreat!

Do It Yourself Travel....

Husdha




No comments:

Post a Comment