Tuesday, June 25, 2013

PROMOSI : PERCUTIAN BAJET DI CAMERON HIGHLAND (Khusus Untuk Para Cikgu Sekolah)

Salam sejahtera,

Cameron Highland memang jadi tumpuan ramai semenjak dahulu lagi. Kali ni saya nak promote sikit satu perkhidmatan bajet di Cameron Highland. Pakej penginapan + Makanan sekali. Memang sesuai sangat untuk para cikgu yang merancang nak buat rombongan ke sini. Ini dinamakan homestay bajet.

Kalau nak tau lebih lanjut: sila lawat page ni:

https://www.facebook.com/AmalFoodServiceEnterprise

Sebarang pertanyaan boleh diaju pada pengusaha Amal FoodService Enterprise,

Encik Mohd Akmal - 013-7557847 (SMS/Call)
Cik Hadmira -017-4496065 (SMS)


Selamat bercuti....
 

Monday, June 17, 2013

Madrid, Sepanyol

Salam sejahtera..

Kali ini saya mahu ceritakan pengalaman saya dan suami terbang merantau ke Madrid, Sepanyol.Seperti biasa, saya gunakan kesempatan untuk meninjau cara hidup rakyat di Madrid. Sepanjang lawatan hampir dua minggu, saya sempat menaiki bullet train, untuk ke Cordoba, di mana tinggalan Islam hanya tinggal sisa-sisa sahaja.

KUALA LUMPUR -LONDON (08/04/13)
Kronologi perjalanan saya bermula dengan menaiki penerbangan Malaysia Airlines, pada 10 April 2013. Kami terbang terus ke London dan tiba kira-kira jam 4.00 petang waktu London. Cuaca masih di paras 0 darjah celcius.. Amat sejuk... Dengan berbekalkan alamat hostel, kami tiba di London Greenwich Hostel pada jam 7 malam. Kami cuma bermalam semalaman sahaja dan keesokan harinya, saya memulakan perjalanan ke London Gatwick Airport untuk terbang pula ke Madrid dengan menaiki penerbangan tambang murah Eropah, Easyjet.com. Saya dan suami berpengalaman menaiki penerbangan dengan kadar yang amat murah, iaitu sekitar RM400 bagi dua orang. Tips untuk mendapatkan kadar murah ialah, dengan membeli tiket penerbangan dengan awal, sekitar 9 bulan ke setahun sebelum tarikh penerbangan. Jadi anda boleh banyak berjimat.

Bergambar di Station Tren Gatwick, London

LONDON- MADRID

Kami menaiki pesawat EASY JET yang konsepnya sama seperti AIRASIA. Staff yang ramah dan mesra tidak menyebabkan saya dan suami kebosanan kerana masa yang diambil untuk tiba di Madrid ialah kira-kira selama 3 jam. Penerbangan yang selesa, tanpa banyak karenah penumpang, menyebabkan saya dan suami tidak was-was lagi untuk menggunakan penerbangan ini pada masa akan datang. Sebenarnya saya sudahpun menempah tiket perjalanan ke Copenhagen, Denmark dan Geneva untuk perjalanan tahun 2014. Kalau umur masih ada, insyaallah, kami akan menjejak kaki ke bumi Eropah yang lain pula.

Kami tiba di Madrid pada jam 3.00 petang. Perut mulai lapar dan kami hanya menikmati roti sardin dari bekalan kami, di Airport Barajas. Urusan imigresen tidak sesukar mana, dan kami membeli tiket pelancong untuk pengangkutan di Madris]d selama 5 hari yang berharga 20 euro seorang. Tiket unlimited membolehkan kami meneroka seluruh bandar Madrid dengan menaiki tren atau bas awam. Di Airport, tida masalah komunikasi kerana kebanyakan pekerjanya boleh berbahasa Inggeris.

Saya memilih hostel di Madrid. Dengan berpandukan alamat yang diberikan melalui penempahan di Agoda.com, kami menaiki tren dari Barajas Airport terus ke Tribunal. Pada mulanya agak sukar kami memahami perjalanan tren mereka, tetapi setelah membaca peta laluan, amat mudah kami mencari hostel yang telah kami tempah iaitu, Hostal Pension Enanbral. Saya mengambil bilik berdua (double) dan keadaan hostel ini amat bersih. Bagi pengembara bajet, seharusnya hostel ini boleh ditambah sebagai pilihan.

Pension Enebral

Sejujurnya, saya dan suami tidak membuat perancangan secara terperinci ketika kami meneroka bumi Sepanyol ini. Harapan saya cuma satu- ingin pergi ke BUMI CORDOBA, yang penah menjadi lambang Islam yang megah, satu ketika dahulu. Pelbagai sumber saya telah cari, dan agak sukar memperolehi maklumat yang tepat. Akhirnya saya dan suami bertanyakan penduduk tempatan di Madrid, bagaimana mahu ke sana (Cordoba). Cara yang paling cepat tetapi mahal, ialah dengan menaiki BULLET TRAIN (kereta laju) dari Madrid ke Cordoba yang hanya memakan masa hanya 1 jam dan 45 minit. Cara lain yang murah tetapi memalan masa selama 6 jam ialah dengan menaiki bas ekspres. Dengan menaiki tren laju dari Atocha Train Station, kami tiba di Cordoba Train Station pada jam 11 pagi.
Tiket tren -Cordoba- Madrid

Bumi Cordoba amat cantik. Dengan menaiki teksi dari stesyen Cordoba, saya terus ke tempat tarikan pelancong iaitu The Mezquita (Spanish for “Mosque”). Binaannya masih dijaga rapi. Betapa uniknya binaan mereka kerana, istana ini dilengkapi dengan sistem pengairan yang efisyen, di mana pokok-pokok yang ditanam akan mendapat air dengan sistem longkang yang dibina bagi memudahkan proses pengairan pokok. Setiap longkang bertemu dengan pangkal pokok dan menjimatkan masa penyiraman pokok. Pokok-pokok citrus seperti lemon, oren dan zaitun tumbuh segar di dalam taman istana ini.

The Mezquita (Spanish for “Mosque”)


Pengembaraan kami seterusnya ke The Roman Bridge, yang hanya berdekatan di Mezquita. Tips, sepatutnya anda tidak memerlukan pemandu pelancong di sini kerana semua tempat menarik hanya boleh diterokai dengan hanya berjalan kaki sahaja. Jarak antara Stesyen Cordoba dengan The Mezquita hanya 20 minit perjalanan, hanya gunakan peta yang diperolehi percuma di pejabat pelancongan di Cordoba Station. Sepanjang perjalanan, bandar ini dipenuhi dengan pohon sitrus yang berbuah. Terasa geram ingin memetik buah oren yang besar, tetapi saya khuatir akan disaman oleh pihak berkuasa. Saya dan suami hanya mengutip buah oren yang jatuh dan mengamati bau oren. Memang sah itu adalah buah oren seperti jenama SUNKIST- tetapi versi besar..

Buah oren yang menghiasi jalan-jalan di Cordoba


The Roman Bridge


Perjalanan di Cordoba hanya mengambil seharian sahaja. Kami mengambil tren malam untuk kembali ke Madrid.





Wednesday, February 6, 2013

MEDAN, INDONESIA

Salam sejahtera....

Kali ini, saya ingin bercerita tentang Medan, Indonesia... Setelah beberapa lama berangan-angan nak berjalan-jalan ke nagara jiran ini, dapatlah saya, suami dan kawan rapat kami, Kak Izzah dan Abg Edy terbang ke Medan. Bukan apa, saya cuma rancang untuk percutian ringkas sambil bershopping.. Tambahan pula Kak Izzah dan Abang Edy ada dua orang cahayamata, Dina dan Keira, so, saya risau kalau kanak-kanak riang ini boring dalam kapalterbang.. kalau destinasi yang berjam-jam nanti, risau jugak tentang si kenit ni.. Lagipun ini kali pertama kakak dan abang angkat saya ni naik flight, so, saya try and error saja ke tempat yang tak mengambil masa panjang untuk sampai... Yang penting, passport saya di"chop"... bertambah lagi koleksi stamp imigresen... Heheh...

Apa yang seronok tentang Medan? Ermm...saya rasa, mestilah "SHOPPING"...Walaupun tak semurah Jakarta, Bandung dan lain-lain... saya rasa di sini banyak benda yang boleh saya beli. Saya tak beli banyak barang, sekadar ole-ole khas Medan, Kuih Bika Ambon dan kain pelekat PINK untuk dibuat seragam masa adik lelaki saya kahwin nanti. Saya shopping barang-barang di Pasar Ikan... Jangan pelik pulak, nama tempat ni PASAR IKAN..tapi tak adapun ikan dijual. Baju, telekung, sejadah, kain lace, kain shantung (silk) murah-murah. Sampai rambang mata dibuatnya. Saya bukan jenis suka beli kain, tapi Kak Izah sibuk borong kain shantung. Cantik dan murah.. Sampaikan bila Kak Izah balik ke Malaysia, cerita pada kawan-kawan dia, terus booking tiket nak ke Medan.. Nampaknya kak Izah jadi tour guide la nanti...

DINA DAN QHAIRA

Hotel yang kami inap amatlah selesa. Pada mulanya, si pemandu teksi memperkatakan perkara yang kurang baik tentang HOTEL GRAND SAKURA ni, hampir-hampir saya menukar hotel. Memandangkan pembayaran penuh telah dibuat, saya meneruskan niat saya untuk tinggal di hotel tersebut. Alangkah leganya hati saya apabila melihat lobi hotel tersebut. Ternya, kata-kata pemandu teksi tu hanya penipuan semata-mata. Bila difikirkan, mungkin dia cuma nak bawa kami ke hotel yang membolehkan mereka mendapat komisyen. Jika anda ke Medan, bolehlah , menginap di hotel ini.


SATAY KERANG


SHOPPING TELEKUNG

Malam pertama, kami pergi ke Merdeka Walk untuk besiar-siar mendapatkan idea.. Bukan apa, ini kali pertama, tak dapat kami bayangkan macamana rupa Medan ni.. Sambil-sambil bersiar-siar, dapatlah kami menikmati makan malam di mall yang terdapat di sini.

Selain shopping, saya ke Istana Maimoon.. berangan-angan nak jadi Raja dan Permaisuri.. Di sana ada sewaan costume dan saya dan suami berangan-angan nak jadi Raja Palembang... hahaha agaknyer ada daulat, sehinggakan istana lama tu TER BLACKOUT"..nasib baik kamera ada flash... kalau tidak, mesti suami saya yang hitam manis tu tak kelihatan di dalam gambar...hehe

Hari seterusnya, saya menyewa kereta untuk ke Berastagi dan Danau Toba... Uish...memang jauh perjalanan kami. Pada mulanya, saya rancang nak bermalam di sana...tapi bila sampai di sana, nak dapatkan gerai yakin HALAL pun agak sukar... so, saya sekeluarga ubah fikiran untuk tidak bermalam. Kami cuma ke Pulau Samosir dengan menaiki feri/bot kecil. Memang luas pemandangan tasik Danau Toba. Memang agak seram jika kita lihat suasana tasik gunung berapi ni... Saya ni memang tak pandai berenang, macam-macam yang saya fikirkan kalau saya terjatuh ke dalam tasik ni...

Pulau Samosir ni luas. Tapi saya berjalan-jalan di sekitar jeti sahaja. Banyak barangan cenderahati yang ada. Paling seronok, bila dapat tengok pertunjukan boneka Si Jale-jale...Ini adalah lagenda masyarakat asli di sini.  Sambil menari, patung tu bergerak-gerak mengikut lagu. Selain itu, saya dapat tengok bentuk rumah tradisi lebih kurang seperti rumah minang.

Setelah membeli cenderahati, kami ambil keputusan untuk terus ke Berastagi. Suasana seperti Cameron Highland, tapi, Malaysia lagi best... Pembangunan dan kemudahan di Berastagi amat terhad. Kebersihan amatlah sederhana. Makanan dan minuman, saya cadangkan agar anda bawa makanan sendiri kerana tidak dijamin KEHALALAN makanan di sini. Tepuk dada, tanya iman...

Seharian berjalan-jalan ke Danau Toba dan Berastagi, kami meneruskan aktiviti membeli-belah telekung. Banyak kedai telekung di sini dan perlu ada tawar-menawar. Tips supaya anda tidak diganggu dengan pujukrayu peniaga di kaki lima ialah: NO EYECONTACT with them... Jangan mulakan pertanyaan harga barang... Jika anda bermula bertanya, mereka mula mengikut anda ke mana sahaja. Jika anda mula membeli barang yang pertama, mungkin anda akan menghabiskan duit anda kepada mereka sahaja. Memang agak zalim sebab anda perlu menyombongkan diri buat seketika. Bersabarlah. Inilah dugaan kalau melancong ke negara sedang membangun.

Hari terakhir, kami telah habiskan sisa-sia duit Rupiah yang ada. Perlu diingatkan, anda perlu asingkan sebanyak 75,000 Rupiah untuk membayar cukai di airport. Ini adalah bayaran wajib sebelum meninggalkan Indonesia.



MENAIKI KERETA KUDA
Selama 4 hari tiga malam cukup memberikan impak kepada kami semua. Jika ada kelapangan dan tiket Airasia yang murah, insyaa allah akan kami datang lagi ke sini. Teringat-ingat saya akan Jus Markisa dan jus terung belanda... tambahan pula, murtabak telur yang amatlah enak dimakan ketika panas.

Jika anda berpeluang ke Medan, jangan lupa mencuba makanan tradisi.. Rugi kalau tidak mencuba.

Jumpa lagi dalam entri yang akan datang. Saya akan menulis tentang:

1. PekanBaru (Indonesia)
2. Madrid (Sepanyol)
3. London 2013 
4. Paris 2013

Salam bahagia......... Enjoy! Retreat!...


HUSDHA

Tuesday, August 28, 2012

ISTANBUL



ISTANBUL... KAMI DATANG...

PART 1




Hai.. Lama saya tak update blog ni. Bukan apa, saya agak sibuk kebelakangan ni. Adik-adik nak bertunang, kerja-keja pejabat, nak mengajar.. erm..aktiviti dengan para pelajar... Ha, pastu bulan Ramadhan, pastu nak Aidilfitri, buat kuih dan macam-macam..

Bulan Jun 2012, saya berkesempatan ke Istanbul, Turkey.. Alhamdulilllah, tercapai hasrat nak jengah tanah yang ada 2 benua ni.. Benua Eropah dan Benua Asia. Dulu, sebelum jejak kaki di sini, cuma berkesempatan tengok dalam tv je. Paling tidak pun tengok peta dunia je. Pelik... satu negara tapi berada di 2 benua. Alhamdulillah, sampai juga saya kat sana. Musim saya pegi ni musim summer.. so, cuma pakai t-shirt dan seluar je dah memadai.


Journey ke Istanbul ni sebenarnya dirancang secara tak sengaja. Macam biasa, saya mementingkan tour yang mudah, selesa dan murah. Penginapan, saya memilih hostel bajet sahaja yang terletak di Taksim. Istanbul ni terbahagi pada 2 benua. Pengangkutan awam amat menyenangkan. Lagi mudah dari Malaysia.


Sesiapa yang nak booking hostel ni boleh tengok link ni

http://www.hostels.com/hostels/istanbul/68-hostel/51158



Bilik ni untuk 4 orang. Ada juga untuk 2,4, atau 6 orang.
Saya tak mengambil agen untuk tour. Kebanyakkan saya tengok peta yang saya amik kat airport. Bila sebut Istanbul, saya rancang nak fokus pegi tempat popular saja, seperti Grand Bazaar, Spice Bazaar dan Majid Biru. Saya tak bawa banyak duit pun, sekadar nak makan dan beli souvenir saja. Saya gunakan sepenuhnya pengangkutan awam sahaja. Pengangkutan awam cuma 2 lira sahaja (RM5) sehala. Kalau tinggal di Hostel 68, tren cuma 50 meter sahaja dari hostel. Tapi, jika anda rancang nak tour, saya cadangkan anda naik cruise pada hari pertama, so anda ada gambaran tentang sepenuhnya tentang Istanbul. Kos naik cruise cuma 11 lira sahaja. Perjalanan cuma mengambil masa 1 jam 15 minit sahaja.




Bila anda naik cruise ni, angin yang bertiup dari selat Bosphorus ni agak sejuk walau musim panas. Jadi, anda kena bawa shawl untuk tutup badan anda. Sepanjang perjalanan ni amat seronok. Laut membiru dan angin yang bertiup, sambil menikmati pemandangan di sepanjang selat. Terdapat bangunan-bangunan lama yang terdiri daripada masjid, dan istana mewah sejak zaman Kamal Ataturk.

GRAND BAZAAR

Saya menjejaki Grand Bazaar ni pada hari kedua. Mudah saja, cuma ambil tren yang kosnya 2 lira, terus ke Grand Bazaar. Pintu masuk ke Grand Bazaar ni banyak, so anda mesti ingat pintu mana anda masuk. Nak pulak kalau anda dalam rombongan yang ramai. Anda perlu tau mana pintu masuk atau keluar serta meeting point kalau anda tersesat dengan ahli kumpulan. Difahamkan, jumlah kedai dalam baazar ni mencecah 4000 kedai, jadi, kalau dah nampak apa yang berkenan di hati, anda terus je buat tawar-menawar dan beli je. mana tau, kalau anda asyik tunggu tengok yang lain nanti, dah tak jumpa dah kedainya. Tapi, kalau diikutkan, kebanyakkan barangan kat sini bukan original made in turkey... hehe.. semuanya kena hati-hati, mana tau terkena barangan made in China ke, Thailand ke.. or Malaysia ke... heheh


Jom layan gambar di Grand Bazzar


Pintu masuk Grand Bazaar

Kedai-kedai di Grand Bazaar

Spice Bazaar

Spice bazaar merupakan pasar rempah ratus. Selain rempah ratus, terdapat manisan yang popular turki, baklava, dan turkish delight. Selain dari makanan tersebut, terdapat juga keju asli terjual di sana. Harga turkish delight tidak semahal mana, cuma sekilo 10 lira sahaja. Turkish delight yang dijual berkotak memang ditawarkan agak murah, tapi anda jangan tertipu, turkish delight, rasanya memang tak sama dengan yang dijual secara kilo.

Selain dari turkish delight, saya amat suka menikmati teh panas yang dihidang di dalam cawan comel. Rasanya seperti teh tawar di Malaysia, cuma yang unik, ia dihidang bersama gula kiub. Bentuk cawan teh yang cantik menyebabkan saya tidak melepaskan peluang mengambil gambar teh tersebut.




Saturday, May 19, 2012